suria

Rezeki penunggu masjid! Seorang jemaah sanggup berbuka makan nasi dan kuah, jamu semua lauk kepada kucing - “Dia minta simpati, tak ada yang layan”

Jemaah ini dipuji kerana sanggup berkongsi juadah berbuka puasa dengan seekor kucing.

BERBUAT baik kepada haiwan merupakan salah satu tuntutan dalam agama Islam.

Di laman Facebook, kisah seorang jemaah di sebuah masjid yang sanggup berkongsi juadah berbuka puasa dengan seekor kucing meraih perhatian ramai.

Menurut pemuda dikenali sebagai Aizuddin Rosli, dia menjadi saksi kepada peristiwa itu yang dianggap sebagai satu pengalaman yang menjentik hatinya.

336375271_529868302623006_5405532537934383724_n

Kucing bertuah ini 'dijamu' dengan lauk ikan tongkol ketika mendekati seorang jemaah masjid.

"Allah jentik (hati) aku melalui kucing dan pakcik yang hebat ni. Semalam, iftar di masjid. Masa ngam-ngam azan Maghrib, datang si ompok (kucing) ni minta makan.

"Satu demi satu manusia dia singgah minta simpati, namun tak ada yang melayan. Ya la, orang semua lapar sebab puasa kan. Sampailah turn aku si ompok singgah.

"Aku cubit sedikit sahaja isi ikan tongkol, gaul sama nasi. Tiba-tiba, seorang pakcik di sebelah aku letak seketul besar ikan tongkol milik dia untuk ompok," ujarnya memulakan cerita.

Ramai berlumba-lumba bersedekah pada manusia lain, tapi terlupa ada makhluk Allah yang lain juga kita boleh bersedekah.

AIZUDDIN ROSLI

Menurut Aizuddin, dia tercengang melihat tindakan jemaah itu, lantas bertanya kepada pakcik berkenaan tentang lauk yang telah diberikan kepada kucing tersebut.

"Nampak berselera ompok, macam dapat durian runtuh. Aku tegur pakcik, kenapa bagi semua lauk pakcik, nanti pakcik tak ada lauk dah nak makan?

"Aku offer lauk aku sebahagian untuk pakcik, tapi pakcik menolak. Dengan senyum pakcik jawab... tak apa kuah ada, biarlah dia lapar ni. Rezeki dia. Pakcik ada nasi dah ni cukuplah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas bagi kucing makan baru fikir nak sahur... Suami isteri belum punya zuriat bahagia kongsi rezeki dengan kucing jalanan

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing berdarah nyaris kena lenyek tengah jalan... wanita ini tak sangka hajat akhirnya tertunai, siap dapat si bulus mata biru!

Menurut Aizuddin, sikap mulia jemaah itu ternyata membuka matanya tentang nafsu di bulan Ramadan, sekali gus mengajarnya untuk bersederhana dalam apa jua perkara.

"Serius terjentik aku ketika tu. Pakcik pun puasa, mesti sama-sama lapar macam kucing tu juga. Tapi dia tak kisah.

"Terjentik bagaimana Ramadan adalah bulan terbaik untuk mengajar mengawal nafsu, bulan terbaik mengajar untuk tidak tunduk pada nafsu.

1994466

Berbuat ihsan kepada haiwan merupakan satu amalan yang terpuji. (Gambar Hiasan)

"Kerana yang bagi kenyang itu Allah, bagi sedap itu Allah. Jika Allah berkehendak makan nasi putih tak berlauk pun sedap, maka sedap dan kenyang juga," ujarnya.

Mengakhiri cerita, Aizudin berkata dia tidak sempat untuk bertanya lanjut tentang jemaah itu, namun berazam untuk sentiasa ke masjid bagi bertemunya lagi pada masa akan datang.

"Pakcik dah ajar saya, dalam Islam bukan sekadar ada iman. Tapi ada juga ihsan. Ihsan ini bukan senang. Apatah lagi melibatkan makhluk lain. Ramai berlumba-lumba bersedekah pada manusia lain, tapi terlupa ada makhluk Allah yang lain juga kita boleh bersedekah.

"Hebat pakcik. Terima kasih pakcik dan ompok sebab jentik aku. Ya Allah, lupa nak tanya nama pakcik. Lepas ni, aku akan selalu ke Masjid Amaniah, dengan harapan dapat ketemu pakcik ni lagi," ujarnya menerusi hantaran di group Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini? yang menerima hampir 4,000 tanda suka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain