suria

“Adakah kami baru kena scam di Malaysia?” - Pelancong UK terkejut harga trim rambut RM120, barber warga asing beri alasan ‘cukai’

Pelancong asing menceritakan pengalamannya dikenakan caj mahal gunting rambut di Malaysia.

TULAR di media sosial video suasana tegang yang tercetus di Malaysia antara pasangan berkulit putih dengan seorang tukang gunting rambut warga asing.

Rakaman berdurasi dua minit 15 saat di TikTok itu dikongsi sendiri oleh pasangan berkenaan, memaparkan mereka bertekak berhubung caj khidmat potong rambut yang dikenakan.

Pasangan berkenaan, Zoe dan Czar yang merupakan YouTuber dari United Kingdom tertanya-tanya sama ada mereka telah ditipu, selepas menggunting rambut di Kuala Lumpur.

“Adakah kami baru sahaja kena ‘scam’ di Malaysia?

Tangkap layar luahan Zoe di TikTok.

Locals (penduduk tempatan) tolong beritahu kami,” katanya yang mendakwa pertama kali dikenakan caj sedemikian.

Pada awalnya, tukang gunting rambut warga asing dipercayai dari timur tengah itu dikatakan ramah berbual dan bertanya soalan kepada Czar tentang negara asalnya.

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila tiba masa untuk membuat pembayaran setelah rambut selesai dipotong.

Dakwa pasangan ini, mereka diminta membayar RM120 bagi perkhidmatan diberikan oleh tukang gunting tersebut.

“Dia (tukang gunting) kemudiannya menyatakan harga gunting rambut adalah RM120.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga tayang foto punggung atas Gunung Agung, pelancong Rusia diusir dari Bali

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita nak ke negara mereka kena berhempas pulas” - Apa kes masuk Malaysia pelancong jadi pengemis? Wanita dedah realiti sebenar

“Kami terdengar pelancong asing di belakang telah dicaj RM250 oleh tukang gunting lain,” jelasnya dalam video.

Dakwa pasangan itu, mereka bertanya kepada beberapa warga tempatan yang memberitahu harga untuk perkhidmatan potong rambut sepatutnya tidak lebih dari RM50.

Pasangan tersebut berkata mereka masuk kedai gunting rambut itu dengan papan tanda menunjukkan harga potong rambut bermula dari RM19.

Namun, tukang gunting terbabit menjelaskan bahawa kadar itu hanya tertakluk untuk warga tempatan kerana tidak dikenakan cukai seperti pelancong asing.

Nasib baik, kami melihat sisi baik negara dan kami suka sini. Tetapi anda perlu memikirkan kesan kekal yang diberikan kepada pelancong.

ZOE

Dia juga memberitahu mereka bayaran lebih terpaksa dikenakan kerana perlu memotong janggut Czar, walaupun Czar hanya mempunya bulu nipis di muka..

Dalam video itu, kedengaran juga sepasang suami isteri tawar menawar dengan tukang gunting rambut untuk harga yang lebih rendah namun tidak diketahui sama ada berjaya atau tidak.

Tukang gunting menjelaskan alasan caj mahal dikenakan.

Sejurus meninggalkan kedai, pasangan itu meluahkan tentang bagaimana pengalaman itu yang merosakkan sepanjang hari mereka.

Jelas Zoe, dia faham jika tukang gunting itu mahu mengenakan bayaran lebih sedikit kerana mereka adalah pelancong, tetapi harga dua kali ganda dari biasa adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Adalah tidak adil jika mereka anggap disebabkan kami datang dari luar negara, tidak mengapa untuk mengenakan bayaran sebanyak itu," kata Zoe.

Pasangan itu menambah bahawa mereka pernah ke Malaysia sebelum ini tetapi ini kali pertama berdepan pengalaman seperti ini.

"Bayangkan jika ini kali pertama kami ke sini dan kami bukan pengembara biasa. Mungkin kami tidak mahu kembali (ke Malaysia).

Komen netizen di TikTok.

“Nasib baik, kami melihat sisi baik negara dan kami suka sini. Tetapi anda perlu memikirkan kesan kekal yang diberikan kepada pelancong," kata Zoe pada akhir video.

Video kedua yang mengulas mengenai perkara itu bagaimanapun telah dipadam tanpa sebarang penjelasan.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib pasangan ini dan tidak bersetuju dengan caj yang dikenakan.

“Anda ditipu. Buat laporan polis dan pastinya tukang gunting itu bakal dihantar pulang ke negaranya.

“Baik pergi dekat barber mahal dalam pusat beli belah dengan harga RM50.

“Dekat Malaysia, kalau benda macam ni terjadi, tunjuk saja kedai tu. Nanti ‘jabatan netizen’ ambil tindakan,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain