suria

Gaji 3K tunang ‘demand’ hantaran 20K, duduk kondo mahal... lelaki sedang fikir nak batal perkahwinan

Lelaki ini buntu untuk meneruskan perkahwinan atau tidak. -Gambar hiasan

MEMBUAT persediaan untuk proses perkahwinan bukanlah satu hal yang mudah.

Kebiasaannya bebanan dari segi kewangan dirasai lebih oleh kaum lelaki yang perlu menyediakan wang hantaran selain memikirkan keperluan lain semasa majlis dan kehidupan selepas berkahwin.

Baru-baru ini, seorang lelaki membuat satu pengakuan di Twitter berhubung kekecewaannya terhadap bakal isteri.

Lelaki itu memberitahu bahawa dia kini buntu sama ada mahu meneruskan atau tidak perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin buntu tunang minta kongsi bajet pelamin, jurufoto... padahal duit hantaran dah bagi RM13,000! - “Bukan berkira tapi aku pun ada hak...”

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami berkira teruk, merisik tak mahu bagi cincin tanda... siap kira siapa lebih banyak habis duit

Menceritakan mengenai situasi sebenar, lelaki ini menyenaraikan beberapa contoh tingkah laku bakal isteri yang menyebabkan dia meragui ‘masa depan’ mereka.

“Perkara pertama, dia mahukan mas kahwin RM20,000 dan itu belum termasuk kos cincin dan tambahan berkaitan majlis perkahwinan yang dia akan tambah,” katanya.

Selain itu, lelaki ini juga memberitahu dia disuruh untuk meletakkan wang pendahuluan demi sebuah kondominium mereka mahu menyewa.

Lelaki ini meluahkan kisah bagaimana kepayahan dialami dalam menyiapkan persiapan perkahwinan.

Lebih memburukkan keadaan apabila menurutnya, tunangnya tidak mempunyai pekerjaan tetap atau stabil.

Tambahnya, wanita itu tidak bercadang untuk mencari pekerjaan baharu dengan alasan sudah bersedia untuk timang cahaya mata.

Menjelaskan situasi kewangan, lelaki itu menyatakan bahawa dia kini hanya berpendapatan RM3,000 sebulan.

Cari lain je la. Sepatutnya at this point, dia dah boleh beri komitmen sebab sayangkan awak.

NETIZEN

Dia cuba berbincang dengan tunangnya jika wanita itu dapat membayar sejumlah RM2,000 untuk deposit kondominium mereka bakal duduki.

“Lepas berkahwin gaji saya RM3,000 saja jadi saya kata kat dia awak bayar RM2,000. Jadi kita gabung jadilah RM5,000.

“Kita kongsilah sama-sama kos sara hidup. Saya seorang tanggung pengsan RM5,000 setiap bulan.

“Dia merungut kata itu dan ini mengadu dia tak nak keluar sejumlah tu. Saya boleh bayangkan lepas kahwin macam mana bingit dia,” jelasnya lagi.

Komen netizen di Twitter.

Di akhir luahannya lelaki itu meminta nasihat daripada orang ramai dengan mengatakan bahawa dia lebih rela melarikan diri dan berkahwin dengan gadis dari Thailand.

Rata-rata netizen mencadangkan agar dia meninggalkan tunangnya dan mencari pasangan lain demi kebaikannya.

“Jika ada bakal isteri yang menyusahkan bakal suami, eloklah jangan berkahwin sebab berdosa juga menyusahkan suami hanya sebab nak jaga standard. Dia kena cari la anak-anak datuk yang kaya mampu jaga dia selain awak.

“Cari lain je la. Sepatutnya at this point, dia dah boleh beri komitmen sebab sayangkan awak,” kata beberapa netizen di Twitter memberi pendapat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain