suria

Cabaran... rider diminta buat ‘kerja tambahan’ bagi anjing pelanggan makan - “Saya dah la tengah puasa ni”

Rider ini ditugaskan untuk memberi makan anjing peliharaan pelanggannya.

BERBUAT baik kepada haiwan adalah satu perkara yang sangat mulia dan dituntut di sisi agama.

Begitulah nilai yang diterapkan pemuda ini apabila dia memberi makan kepada anjing peliharaan pelanggannya ketika bertugas sebagai rider penghantar makanan.

Melalui satu video tular di TikTok, Ferdaus Husin dilihat mendapat pesanan di luar kebiasaan daripada seorang pelanggan yang meminta makanannya diberikan kepada anjing.

Pesanan makanan yang diterima Ferdaus sebenarnya untuk anjing peliharaan pelanggannya.

"Hi, boleh tolong buang masuk (makanan) bagi anjing makan," kata pelanggan itu melalui mesej ringkas yang tertera pada skrin telefon pintar Ferdaus.

Walaupun begitu, Ferdaus yang sedikit gentar bertanyakan semula kepada pelanggan itu adakah anjing tersebut akan menyerangnya kerana risau ia bertindak agresif.

"Dia tak gigit kan?" tanya Ferdaus meminta kepastian.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari-hari makan sedap, badan pun sado... anjing jadi bodyguard gerai nasi lemak! Tauke tukar tapak, Doggo ‘sibuk’ ikut sekali

ARTIKEL BERKAITAN: Berkat beri makan anjing liar, pemuda ini mula hidup senang ubah nasib keluarga... Mampu hadiahkan Toyota Yaris untuk ibu

Ferdaus mendapat sedikit kelegaan apabila pelanggan itu memaklumkan makanan boleh diberikan dari luar pagar dan ada penghadang di antara dirinya dan anjing tersebut

"Boleh masukkan dari bawah pintu pagar luar," kata pelanggan itu memberikan panduan kepada Ferdaus.

Ferdaus kemudian membawa keluar bungkusan makanan dari kotak simpanan untuk diberikan kepada anjing peliharaan pelanggannya itu.

Bagusnya owner dia. Sibuk macam mana pun ingat anjing dekat rumah. Siap order makanan dekat Grab.

WARGA MAYA

Anjing tersebut yang berwarna hitam mula menghampiri pagar rumah berkemungkinan kelaparan dan menghidu aroma makanan yang dibawa Ferdaus.

"Ada makanan special untuk awak, ayam goreng dengan nasi.

"Tak sangka awak makan daging ya, saya dah la tengah puasa ni. Sedap la pula tengok awak makan.

"Tepi sikit, sana dulu, orang nak bagi ni," kata Ferdaus yang kemudiannya menolak masuk hidangan nasi campur di atas balutan kertas melalui ruang di bawah pagar.

Anjing itu berjaya diberi makan oleh Ferdaus.

Anjing berkenaan dengan berseleranya menjamah nasi campur itu manakala Ferdaus menolak masuk satu lagi bungkusan makanan untuk anjing kedua di dalam rumah tersebut.

"Bila tuan rumah rumah sibuk kerja, kami boleh tolong setlle," tulis Ferdaus pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa teruja dengan sedutan kisah yang dikongsikan Ferdaus.

Sebahagian komen warga maya.

"Bagusnya owner dia. Sibuk macam mana pun ingat anjing dekat rumah. Siap order makanan dekat Grab.

"Tanpa sedar abang Grab jadi pengasuh.

"Anjing pun dah on another level. Sikit hari lagi owner bagi phone dekat anjing dan dia order sendiri.

"Rumah yang sama juga sebelum ni, rider ada diminta untuk letakkan pizza dan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) buat makanan anjing tu, cuma tak sempat rakam," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain