suria

Kerja pengasuh budak pun tak selamat, sering jadi sasaran si bapa miang, otak kuning - “Untung la, papa dulu makcik-makcik mengasuh”

Wanita sering menjadi mangsa lawak seksual. -Gambar hiasan

LELAKI yang berfikiran serong sentiasa ada di mana-mana.

Bagi golongan wanita pula, tidak kira sektor atau industri apa yang diceburi, mereka sering menjadi sasaran gangguan seksual.

Baru-baru ini tular di Twitter satu pendedahan mengenai platform carian pengasuh bayi yang dieksploitasi oleh lelaki miang sebagai tempat 'mencuci mata'.

Ciapan asal di laman Twitter.

Kaunselor laktasi bertauliah, Nurun Nadia Masrom, 37, meluahkan kekecewaannya kerana wanita-wanita muda itu hanya mahu mencari pendapatan sampingan tetapi diambil kesempatan sebegitu.

"Kesian perempuan muda zaman sekarang. Nak berdikari pun susah. Jadi pengasuh muda berisiko dapat gangguan dari lelaki miang bergelar ayah. Semua benda nak dibuat lawak.

"Gambar asal dekat post tak hide muka pengasuh ni langsung. Kalau itu anak kau macam mana agaknya rasa?

Senarai pengasuh yang dijadikan bahan jenaka oleh segelintir kaum bapa.

"Kalau kita gantikan gambar wanita dalam senarai pengasuh ni dengan gambar anak perempuan tuan macam mana agaknya reaction," kata Nadia.

Disertakan bersama ciapan itu adalah beberapa tangkap layar ruangan komen di Facebook memaparkan beberapa akaun berjantina lelaki sedang berbual topik berbaur lucah.

Platform carian pengasuh bayi yang beroperasi secara dalam talian itu mempunyai satu ciri yang membenarkan ibu bapa untuk membuat panggilan video terus kepada pengasuh bagi memudahkan mereka membuat pemilihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gian nak tengok ibu-ibu perah susu, lelaki gila seks menyamar jadi kaunselor laktasi... Siap ajak ‘video call’ nak periksa payudara!

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang wanita minta waspada, terkejut pulang bazar Ramadan dapat mesej lelaki gila seks puji payudara

"Part kena video call yang lemah ni.

"Dia (pengasuh) free tu, okay la tak perlu bayar. Ngam!

"Biasa yang free ni banyak 'iklan'," kata beberapa orang lelaki yang berkemungkinan sudah bergelar bapa.

Gila betul. Dah jadi ayah pun masih perangai miang macam ni. Report je. Gangguan seksual.

WARGA MAYA

Dalam satu hantaran berasingan, seorang bapa juga dilihat cuba menjadi 'gatal' dengan seorang wanita yang sedang menyelenggara sistem penapis air di rumahnya.

"Hari ni ada wanita penapis air datang rumah. Lebih kurang sama rupa dia macam dalam list cari pengasuh dekat website hari tu.

"Siap main cak-cak dengan anak. Haish untung la anak aku ini. Papa dulu dapat pengasuh dengan makcik-makcik dan nenek-nenek je," kata lelaki itu dalam hantarannya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berasa jijik dengan lelaki bergelar bapa yang masih tidak tahu menghormati wanita.

"Gila betul. Dah jadi ayah pun masih perangai miang macam ni. Report je. Gangguan seksual.

"Kena ingatkan mereka ni, what goes around comes around, nanti esok lusa ada anak perempuan baru la hati tu rasa tak tenang.

"Para isteri mesti lepas ni paranoid nak ambil babysitter, risau suami menggatal. Kesian wanita dekat luar sana yang ikhlas nak mencari rezeki sebagai pengasuh.

"Mereka ni tak pernah ambil serius dalam semua perkara dan hanya pandang wanita sebagai objek seksual," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain