suria

Jiran perempuan kaki ‘kepoci’, pantang dengar bunyi pagar terus muncul depan rumah... Siap olok-olok siram pokok nak tengok orang!

Hidup berjiran memerlukan kita untuk sentiasa bertolak ansur. -Gambar hiasan

HIDUP dalam kawasan kejiranan memerlukan kesefahaman dan toleransi antara penghuninya.

Namun begitu, ada kalanya seseorang itu tidak dapat lari daripada kerenah jiran kerana perangai manusia sememangnya pelbagai ragam.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman Twitter, seorang individu menceritakan bagaimana jirannya mempunyai satu tabiat yang menyebabkan dia berasa kurang senang.

Dakwa individu itu, jiran berkenaan gemar menjaga tepi kain orang dengan sering memerhatikan gerak geri orang sekeliling tanpa mengira masa.

Ciapan asal di laman Twitter.

"Jiran aku ni seorang perempuan tapi dia agak psiko. Asal bunyi jeriji besi rumah aku je mesti dia keluar untuk tengok siapa, nak pergi mana dan berapa ramai yang keluar sekali.

"Kadang tu dia akan acah-acah keluar siram pokok sebab nak tengok kami keluar. Anak-anak mereka pun diajar buat benda sama untuk tengok kami.

"Perkara ini berlaku setiap hari, walaupun kami nak pergi kerja dia tengok. Apa yang patut kami buat?," kata individu itu buntu.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas tegur sampai bermasam muka, apa nak buat kalau jiran kemaruk letak kereta depan rumah kita? Ini jawab peguam hartanah

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni flat ubah suai rumah ikut selera T20, siap ugut jiran tetangga - “Mohon jarakkan kereta untuk elak calar”

Menjengah ke ruangan ciapan balas, sebahagian warga maya menceritakan pengalaman mereka berurusan dengan jiran yang suka masuk campur dalam hal di sekeliling.

"Saya pernah hadap jiran macam ni dekat rumah lama. Anak dia baru lima tahun, lelaki pula tu. Dah jadi macam mak dia, kepoh. Suka keluar rumah intai orang buat apa lepas tu cerita dekat mak dan kawan-kawan mak dia.

"Aku ada jiran yang selalu datang rumah mak aku sebab saja nak jumpa mak aku cerita yang dia baru balik bercuti, cerita anak dia kaya, anak dia kerja bagus.

Ada security guard tak berbayar, CCTV percuma... lantak dia la nak tengok, tak rugi apa pun.

NETIZEN

"Bahagian ni okay lagi, cuma yang tak okay dia selalu bawa buah tangan yang bekas dia makan, contohnya ikan bakar yang semalam tak habis atau kuih raya tahun lepas dia bagi dekat kami.

"Aku pernah ada anak jiran yang suka campak sampah ke dalam rumah aku, laman rumah aku ni dah jadi macam tong sampah dia. Sekarang dah pindah rumah kondominium rasa aman sikit tapi itulah sunyi pula," kata sebahagian warga maya.

Tidak kurang juga ada warga maya yang mengatakan mereka mahu mempunyai jiran sebegitu kerana ia diibaratkan seperti kamera litar tertutup (CCTV) percuma dan boleh membantu menjaga keselamatan rumah.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Okay apa. Ada security guard tak berbayar. CCTV percuma. Lantak dia la nak tengok, tak rugi apa pun. Untung-untung kalau ada perompak cuba pecah rumah dia boleh halang," kata warga maya itu.

Seorang warga maya juga tidak menafikan sememangnya wujud insan yang suka menyibuk dalam segala hal.

"Ni bukan consider psiko. Ni jenis 'kepohci'. Memang ada orang macam ni. Asal dengar bunyi tolak pagar, bunyi kenderaan orang datang, memang sibuk pergi nak tengok.

"Mereka akan acah-acah sidai baju atau curi-curi tengok dari tingkap," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain