suria

Tak sempat padam GPS dah kena cekup! Pemuda beli Toyota Yaris harga RM8,000 merana, rupanya kereta curi

Orang ramai diminta semak kesahihan dokumen sebelum beli kereta terpakai. (Gambar Hiasan)

PASTI ramai yang biasa mendengar ungkapan too good too be true.

Begitulah juga kisahnya tentang seorang pemuda yang berdepan detik gelap selepas dia diperdaya seorang individu untuk membeli sebuah kereta Toyota Yaris pada harga RM8,000 sahaja.

Menurut peguam Nur Shuhadah Mahzan, kegembiraan pelanggan yang dikenali sebagai Thomas (bukan nama sebenar) itu tidak berpanjangan apabila dia diheret ke mahkamah kerana membeli kereta yang tidak sah.

"Pernah mewakili seorang tertuduh, Thomas yang dituduh di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu menerima harta curi dengan curang. Di mana jika sabit kesalahan hendaklah dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tak lebih daripada lima tahun jika sabit kesalahan.

yaris2

Toyota Yaris merupakan antara model kereta pilihan masa kini. (Gambar Hiasan)

"Okey kisah dia begini. Chong contact Thomas, tanya nak tak beli kereta Toyota Yaris tak bayar ansuran dengan harga RM8,000 je? Thomas kenal dengan Chong ini dari kawan dia. Kira kawan atas kawan la. Chong kata condition kereta itu masih baik. Chong tunjuk gambar dan video dalam dan luar kereta.

"Thomas diberitahu yang pemilik kereta itu tak mampu bayar sebab dia dah hilang kerja. Betul ke tak, Wallahualam. Thomas pun setuju untuk beli kereta itu dengan harga RM8,000," ujar peguam dari Tetuan Nur Shuhadah & Associates itu.

Turut dikenali sebagai Shada, peguam itu berkata Thomas berjumpa dengan Chong di satu lokasi untuk membuat pembayaran sebelum dia diminta untuk masuk mengambil kereta tersebut di dalam sebuah apartment.

Malah, Chong turut memperkenalkan seorang lagi individu dikenali sebagai Siva yang akan membantu Thomas untuk menyahaktif sistem pengesanan lokasi (GPS) kereta tersebut.

Jika ingin beli kenderaan pastikan ada dokumen yang sah dan terus buat pindah milik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

NUR SHUHADAH MAHZAN

PEGUAM

"Chong kata nanti jumpa berdekatan dengan Apartment A di Medini, Kota Iskandar untuk urusan pembayaran kereta itu. Thomas pun bergerak dari Pulau Pinang untuk berjumpa dengan Chong ditempat yang dijanjikan.

"Lepas Thomas bayar RM8,000. Chong pun beri Thomas kad access untuk masuk ke dalam Apartment tersebut. Chong kata kereta itu diletakkan di tingkat satu, Apartment A. Chong kata nanti Thomas panggil Siva untuk buang rekod GPS lama kat kereta ini.

"Chong beri Thomas nombor telefon Siva. Thomas pun call la Siva macam mana yang Chong suruh. Thomas pun share la location dekat mana dia berada pada Siva. Thomas bayar Siva RM150 sebagai upah untuk padam rekod atau history GPS kat kereta tu," imbasnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia guna nombor plat palsu memang saya tak jumpalah”- 8 tahun guna Kenari tapi tak bayar, isteri Da'i langsai hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Kesian abah selalu tersadai, 9 beradik 'tipu sunat' beli kereta baharu

Menurut Shada, pada waktu itu, Thomas dan Siva diserbu oleh polis dan mereka ditangkap kerana kereta tersebut dilaporkan hilang oleh pemilik asalnya sebelum ini.

"Apabila Siva dan Thomas berada di parking kereta apartment itu, sepasukan polis datang serbu. Menurut polis kereta tersebut dilaporkan hilang di Taman Kempas Utama, Johor. Nombor Pendaftaran yang digunakan adalah palsu. Nombor Pendaftaran sebenar adalah berbeza. Chasis dan nombor enjin sama.

"Kini, Thomas terpaksa turun naik Mahkamah untuk kes ini. Sekian, semoga Thomas berjaya menuntut keadilan bagi dirinya yang menjadi mangsa keadaan dan dikaitkan dengan sindiket kecurian motokar terbesar di Johor.

"Akhirnya dia mengaku salah dan dikenakan penjara dari tarikh tangkap sebab tak tahan duduk dalam Pusat Tahanan lama sangat," ceritanya lagi.

yaris3

Buat semakan sebelum anda beli kereta terpakai bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa depan. (Gambar Hiasan)

Menerusi perkongsian di Facebook, Shada turut menitipkan pesan kepada orang ramai agar sentiasa menyemak kesahikan dokumen sebelum melakukan apa-apa pembelian.

"Pengajaranya, jika ingin beli kenderaan pastikan ada dokumen yang sah dan terus buat pindahmilik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jangan beli cash. Kalau nak beli cash mesti ada bukti pembayaran atau resit. Better transfer online. At least ada resit pinda hmilik.

"Berhati-hatilah kalau kereta dijual dengan harga tak masuk akal rendah. Mesti ada sesuatu tak kena. Cara penyerahan kereta pun pelik. Elakkan beli dengan individu. Better beli dengan syarikat used car yang authorised," pesannya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain