MASALAH kewangan sering dihadapi kebanyakan pasangan suami isteri terutama yang baru berkahwin. Malah, ada yang terpaksa menumpang atau tinggal sebumbung dengan ibu bapa disebabkan tidak mampu menyewa apatah lagi membeli kediaman sendiri. Apabila tinggal serumah, masalah perselisihan faham atau tidak sependapat dengan ibu bapa mudah berlaku sekali gus menyebabkan tercetusnya konflik dengan mereka. Turut terpalit dengan isu ini, seorang suri rumah yang meluahkan rasa terkilan dengan sikap mentua setelah 10 tahun hidup menumpang di rumahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami ugut talak, mentua pula asyik label anak derhaka... Wanita stres kena ‘mental torture’, 14 tahun wajib ikut balik raya di Kedah ARTIKEL BERKAITAN: Masa bercinta bukan main garang, lepas kahwin tiba-tiba suami jadi sweet! Wanita ini bikin netizen cemburu, doa dapat jodoh sama sifat Luahan tersebut kemudiannya dikongsi oleh @ConfessTweetMy di Twitter tanpa mendedahkan identiti pengadu dan meraih perhatian ramai. “Saya duduk dengan mentua dah nak dekat 10 tahun. Kami masih tak ada rezeki nak pindah sebab suami pun kerja tak menentu. “Lagi-lagi selepas Covid-19, banyak syarikat tak nak ambil orang dah (kerja). Jadi sekarang ni suami kerja biasa-biasa je. Saya pula suri rumah. “Saya sedar selama ni duduk di rumah ni saya hanya menumpang. Jadi saya akan bersabar, tak buat perangai dan layankan je (mentua),” ujarnya. Seorang suami bertanggungjawab menyediakan segala keperluan isteri. -Gambar hiasan Walaupun mendakwa diberikan layanan tidak baik, wanita ini memilih untuk bersabar dengan sikap ibu kepada suaminya itu yang dikatakan sering bersikap kasar terhadapnya. Demi menjaga nama baik suami, dia juga tidak mengendahkan sikap ibu mentuanya yang suka melepaskan amarah dengan menghempas barang di dapur. “Tapi itu pun kerap diprovok. Saya akan sedaya upaya menahan perasaan sebab nak jaga air muka suami. Hormat dengan semua orang. Sebab saya ni menumpang di rumah mereka. “Tapi boleh ke anda terima setiap kali masuk dapur, automatik mak mentua akan hempas barang macam nak terbalik dapur. Hempas kerusi, periuk dalam sinki. “Lagi-lagi bulan Ramadan ni. Syaitan dan iblis diikat kot. Jadi adakah itu memang perbuatan dia sebenar ke macam mana?” katanya. Tambahnya lagi, dia cukup sedih apabila diperlakukan sedemikian apatah lagi dirinya terpaksa berjauhan dengan keluarga sendiri. Bagaimanapun, katanya, dia memahami situasi suaminya yang belum mampu memberikan kemewahan lain selain nafkah. Mungkin sis boleh minta suami uruskan nafkah paling utama iaitu tempat tinggal. Yang duit belanja dia bagi boleh minta berhentikan dulu. NETIZEN Dalam pada itu, wanita itu turut mendoakan agar anaknya tidak akan berdepan situasi sama dengan mendapat layanan buruk daripada mentua apabila mereka berkahwin kelak, “Sedih, sumpah sedih. Tipulah tak sedih. Saat kita berjauhan dengan famili sendiri dilayan macam ni. Kadang rasa nak marah dengan suami kenapa nasib kita macam ni. “Tapi cepat-cepat sedar sebab suami pun dah cuba sedaya upaya dia. Tak pernah culas dalam memberi nafkah. Sentiasa cuba nak bahagiakan saya dan anak. “Jadi anda semua doakanlah saya dan suami supaya murah rezeki dan apabila anak lelaki saya sudah beristeri, saya tak layan pasangan dia macam mak mentua layan saya. Saya tak nak aniaya anak kepada mak ayah yang dah besarkan dia dengan penuh kasih sayang,” ujarnya dalam luahan tersebut. Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersimpati dengan nasibnya dan ada juga yang berpandangan sebaliknya. Tak kurang juga yang memberikan cadangan susulan luahan dibuat wanita ini. Komen netizen di Twitter. “Tapi 10 tahun kira gila lama duduk dengan mentua weh. Tahu tak satu rumah tu tak boleh ada dua permaisuri? Beginilah jadinya. Dengan mak mentua anon jenis macam ni, baik anon cari rumah sewa paling murah RM800 sebulan pun okay dah. Hidup sendiri dengan cara sendiri. “Mungkin sis boleh minta suami uruskan nafkah paling utama iaitu tempat tinggal. Yang duit belanja dia bagi boleh minta berhentikan dulu. Cuma bagi duit untuk beli barang masak je pun kira lepas dah nafkah makan dari suami kalau nak jimat. “Mungkin mentua pun tak selesa anda duduk rumah dia sampai 10 tahun. Ada la tu dia makan hati tapi tak sampai hati nak cakap. Cakap baik-baik dengan suami cari rumah sewa. Biar tak mewah asalkan selesa untuk tinggal sekeluarga,” kata beberapa netizen memberi cadangan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!