suria

Hancur hati... aneka air dah siap bancuh, meja tiba-tiba patah! Gerai banjir, balang masuk tong sampah - “Kali ni saya yang rasa sendiri”

Lima balang minuman jualan Wariz tumpah selepas meja yang digunakan patah tiba-tiba.

HATIKU hancur berkeping-keping!

Demikian kapsyen ditulis oleh Wariz Mie, 30, yang berdepan kerugian selepas meja yang digunakan untuk berniaga di sebuah bazar Ramadan patah secara mengejut.

Wariz yang berniaga di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, hanya mampu reda apabila minuman dari lima buah balang tumpah 'membanjiri' tapak gerainya dalam kejadian malang itu.

wairz4

Wariz menawarkan lapan jenis minuman di gerainya.

"Sebenarnya ada bonggol pada tapak saya gerai saya. Susunan tak betul. Jadi meja saya berniaga tu condong sikit. Air pula berat sebab ada lapan balang semuanya.

"Saya berniaga menggunakan dua meja. Ketika saya baru saja nak berniaga, tiba-tiba meja itu tumbang. Ia menyebabkan lima balang minuman tumpah. Malah, tiga balang turut pecah.

"Minuman yang tumpah tu saya dah siap bancuh dan masukkan ais. Akhirnya, saya hanya teruskan berniaga hari tu dengan baki tiga balang saja," ujarnya sayu ketika dihubungi mStar.

Saya reda saja. Nak jerit marah pun tak boleh, menangis dalam hati saja.

WARIZ MIE

Menurut Wariz yang sudah enam tahun berniaga di bazar Ramadan, ini merupakan kali pertama dia berdepan kejadian seperti ini namun reda dengan rezekinya pada hari tersebut.

"Saya bukanlah peniaga sepenuh masa, sebaliknya saya hanya berniaga minuman pada bulan Ramadan saja. Saya pun dah berniaga enam tahun, ini kejadian pertama.

"Selalunya saya tengok ia terjadi kepada peniaga lain. Kali ni saya yang rasa sendiri. Sejujurnya, tiada apa yang boleh dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ‘tundukkan’ peniaga bazar jual air soya mahal! Esoknya terus turun harga, mungkin terkesan dengan rungutan

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bazar berkira tak mahu jual lauk RM3, minta plastik pun merungut... “Sebab pakcik beratur lama je saya bagi”

"Saya reda saja. Nak jerit marah pun tak boleh, menangis dalam hati saja," ujarnya yang berniaga sambil dibantu oleh dua adik iparnya.

Menurut Wariz, dia juga tidak menyangka kisah kejadian malang itu turut mendapat reaksi ramai pihak selepas dikongsi ke laman Facebook.

Selain menyatakan rasa sayu atas apa yang berlaku, netizen turut menyumbang idea agar Wariz mendapatkan meja yang lebih kukuh pada masa akan datang.

"Saya kongsi di Facebook sebab nak tengok respon orang, khususnya mereka yang pernah ada pengalaman. Jadi, beberapa peniaga air cadangkan supaya saya buat meja custome-made yang lebih kukuh.

wairz2

Sebahagian balang yang pecah akibat kejadian malang itu.

"Tapi disebabkan kesuntukan masa, saya tak sempat nak buat custome-made lagi. Setakat ini saya beli meja baharu yang lebih tebal. Tapi Alhamdulillah, rata-rata respon positif di Facebook," ujar bapa kepada dua cahaya mata itu.

Mengenai perniagaannya, Wariz berkata minuman viral Cha Ba Ang serta air jagung merupakan perisa 'killer' di gerainya yang sentiasa habis dibeli oleh pelanggan.

Ujarnya lagi, minuman dalam bekas kecil dijual pada harga RM3 manakala minuman dalam bekas besar dijual pada harga RM5.

Selain itu, pelanggan turut mempunyai pilihan untuk membeli minuman pada harga RM4 untuk bungkusan kecil dan RM5 untuk bungkusan bersaiz lebih besar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain