suria

Wanita terlajak suap bubur lambuk, tiba-tiba rasa ulat dalam mulut - “Ingat buah pelaga, nak nangis!”

Seorang wanita terkejut dengan penemuan seekor ulat besar di dalam hidangan bubur lambuk.

BUBUR lambuk merupakan antara juadah yang dicari-cari ketika bulan puasa.

Mana tidaknya, rasa lemak daripada santan dan manis daging yang dicampur dengan kekacang, daun sup serta bawang goreng membuatkan penggemar hidangan itu tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkannya setiap kali Ramadan.

Namun nasib malang menimpa seorang wanita yang mahu menikmati bubur lambuk apabila sesuatu yang tidak disangka-sangka ditemui di dalam hidangan tersebut.

"Dah masuk mulut ingat buah pelaga. Nak nangis," katanya ringkas.

Orang ramai berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. - gambar sekadar hiasan

Menerusi satu foto yang dimuat naik di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, jelas kelihatan objek disangka buah pelaga itu menyerupai seekor ulat sagu yang besar.

Wanita itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi dia membeli bubur lambuk itu.

Namun, netizen terkejut dengan penemuan tersebut dengan memberi pelbagai reaksi dan pandangan.

"Macam ulat sagu. Penyedap makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sanggup berhujan beli menu idaman di bazar Ramadan... waktu berbuka terkebil-kebil tengok rangka ayam busuk, isinya biru hitam

ARTIKEL BERKAITAN: Inti berlendir, berkulat siap bau masam! Wanita nak bersemuka peniaga bazar Ramadan, beli 6 biji karipap semuanya busuk

"Kalau buah pelaga pun saya buang awal-awal. Tak masuk mulut dah.

"Kalau nak untung pun jangan aniaya orang.

Selepas ini pemilik ni trauma nak makan bubur lambuk.

NETIZEN

"Masak-masak outdoor (di luar) ni. Itu ulat jatuh dalam periuk.

"Itu dia, punya besar ulat," demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Apa yang pasti, menurut seorang netizen, kejadian yang berlaku bakal memberi kesan yang mendalam kepada wanita yang mendapatkan bubur lambuk bercampur ulat itu.

"Adoi boleh hilang selera makan tiga hari macam ni. Nak makan je teringat ulat dalam mulut.

"Aku percaya selepas ini pemilik ni trauma nak makan bubur lambuk," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain