PUASA di bulan Ramadan merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang perlu dituruti umat Islam. Walaupun begitu, ada sesetengah yang mempunyai sebab dan keuzuran tertentu lalu diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa namun perlu menggantikannya atau dengan membayar fidyah. Sungguhpun demikian, perkara yang mengecewakan adalah apabila mereka yang sihat tubuh badannya memilih untuk culas dalam menahan diri daripada lapar dan dahaga atas alasan penat bekerja. Hantaran asal di laman Facebook. Begitulah kisahnya melalui perkongsian seorang lelaki di Facebook yang mendakwa melihat seorang peniaga bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang yang curi-curi meminum air pada hari siang. "Status ini ditulis pukul 3:05 petang. Penjual air di bazar Ramadan ini selamba minum air. Jelas kelihatan waktu saya parkir motosikal di depan pasar raya berhampiran. "Kita semua usaha mencari rezeki, sememangnya sangat mencabar dan tiada yang mudah. ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran... rider diminta buat ‘kerja tambahan’ bagi anjing pelanggan makan - “Saya dah la tengah puasa ni” ARTIKEL BERKAITAN: Ceddy cuba puasa, terkejut keajaiban air nabeez langsung tak rasa haus - “Dulu saya sahur macam kenduri” "Berniaga di bulan puasa dengan ujian panas petang yang terik sepatutnya disahut sebagai cabaran untuk diri, bukan dianggap kelemahan untuk ambil kesempatan tak berpuasa. "KIta mencari rezeki, menjual juadah untuk umat lain berbuka puasa, Alhamdulillah. Tapi jangan pula jadikan itu sebab untuk kita ponteng dan tidak berpuasa," nasihat lelaki itu. Menurut lelaki itu lagi, dia juga pernah bergelar peniaga bazar Ramadan dan masih mampu berpuasa penuh walaupun banyak cabarannya. Saya pun sama, waktu berniaga bazar Ramadan jiran gerai sebelah memang ada pergi minum air senyap-senyap dalam van. WARGA MAYA "Saya pernah berniaga bazar Ramadan dengan arwah mak ayah saya sejak tahun 1978. Kami jual air kacang soya, aneka bubur dan lauk-pauk. "Alhamdulillah tak pernah kami ambil kesempatan ponteng puasa. Dengan duit saya dapat tu la saya beli jeans jenama Lee & Levis, kasut Adidas atau Clark dan kemeja Western era 80-an untuk raya. "Baju Melayu abah bawa tempah dekat tukang jahit bawah flat kami. Saya bercakap melalui pengalaman sendiri sebagai anak peniaga jalanan," kata lelaki tersebut. Menjengah ke ruangan komen, warga maya menasihatkan jika sekalipun tidak dapat berpuasa, jangan secara terang-terangan minum air di khalayak ramai. Sebahagian komen warga maya. "Kalau tak puasa, tak kira la alasan kesihatan atau lemah Iman tapi jangan la minum di tempat awam, cari la tempat tertutup. Tidak menghormati orang lain yang berpuasa. "Saya jual ayam golek, pukul tiga petang dah start main api, dahaga memang tahap teruk, kedai sebelah ada air sirap, kalau saya nak teguk air sorok-sorok bawah meja memang boleh sangat. "Apabila waktu berbuka satu botol air mineral kecil boleh habis sekali teguk. Tapi teringat pesan mak ayah, rezeki Allah bagi, kalau tak puasa macam mana nak dapat keberkatan rezeki Allah. "Saya pun sama, waktu berniaga bazar Ramadan jiran gerai sebelah memang ada minum air senyap-senyap dalam van, dah jadi kebiasaan," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!