SEBAGAI hamba, umat Islam wajib mempercayai tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Perkara yang dapat kita lihat secara langsung seperti fenomena alam ataupun perkara ghaib berkaitan syurga dan neraka merupakan tanda-tanda kebesaranNya. Justeru fenomena pelik yang berlaku di sekeliling kita tidak terkecuali menjadi peringatan untuk meningkatkan keyakinan serta keimanan kepada Allah. Sama seperti satu perkongsian video tular di TikTok, ia menunjukkan satu kejadian yang seakan-akan tidak mempunyai penjelasan logik di sebaliknya. Surau yang berada berhampiran dengan tempat kejadian. Dalam video itu ia menunjukkan sebatang pokok keladi meliuk-liuk bergerak seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya. Hendak dikatakan berpunca daripada angin, ia tidak mungkin kerana tanaman hiasan lain di sekeliling pokok keladi itu berada dalam keadaan pasif. "Rancak pokok ni ikut bertasbih," tulis pemilik video itu secara ringkas. ARTIKEL BERKAITAN: Mic tak on, imam solat tarawih terkejut keajaiban diharapkan benar-benar berlaku! Bilal nampak garang jadi hero - “Silap saya tak periksa dulu” ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik reda ibu tak dapat ‘keajaiban kali kedua’... untuk penyakit Covid-19 - “Sebelum masuk wad dah tak janji akan balik dengan selamat” Dalam video sama turut kedengaran suara jemaah daripada surau berdekatan sedang bertasbih kepada Allah. Tanpa menyatakan lokasi kejadian alam itu berlaku, pemilik video berkenaan cuba menerangkan bahawa pergerakan pokok keladi tersebut tak ubah seperti orang yang sedang berzikir dan bertasbih. Mungkin itu malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan, Allahualam, hanya Allah yang mengetahui. NETIZEN Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut melahirkan rasa kagum dengan kejadian aneh seperti. Malah ada antara mereka turut berkongsi pengalaman melalui fenomena yang bukan kelaziman kepada umat manusia. "Dekat dapur rumah saya ada daun keladi asyik bergerak macam ni padahal tak ada angin, saya tahu daun tu tengah berzikir. Daun keladi memang rajin berzikir. Sebahagian komen warga maya. "Saya selalu nampak daun sehelai je yang bergerak macam ni, tahu dia tengah berzikir. Dan terus ingatkan aku supaya jangan lupa zikir juga. "Mungkin itu malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan, boleh jadi salah satu petanda. Allahualam, hanya Allah yang mengetahui. "Saya pernah jumpa pokok yang bergerak sendiri macam ni, bila saya tegur dia perlahan-lahan berhenti. Mereka ni hidup sebenarnya," kata sebahagian warga maya. Namun sebagai peringatan, penemuan sebegini selalunya mengundang kekaguman dan keterujaan dalam masyararakat. Hakikatnya tidak salah sekiranya kita berasa teruja dan memuji kebesaran Allah pada setiap penemuan tersebut namun janganlah sampai terlalu taksub dan berlebihan dengan menganggap ia satu keajaiban, kerana Islam bukan begitu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!