HASRAT seorang ibu yang mahu menikmati makanan Korea, ramen bertukar tragedi apabila anaknya melecur terkena air panas rendaman mi segera itu. Perkongsian video di media sosial memaparkan keadaan si kecil menderita akibat melecur mengundang sayu dalam kalangan netizen. Bercakap kepada mStar, ibu mangsa, Nurulzarina Shafie berkata, insiden tragis itu berlaku di rumahnya di Maran, Pahang, pada 11 April lalu. Rizqi berusia dua tahun. Jelas ibu muda berusia 21 tahun itu, dia tidak menyangka kejadian buruk tersebut berlaku pada anaknya Rizqi Anaqi Muhammad Reduan yang baru berumur dua tahun. "Saya dah lama beli ramen tu, dan entah kenapa malam tu terdetik hati teringin sangat nak makan. Cawan berisi air panas dan ramen tu saya letak atas meja di dapur. "Baru lepas buang plastik ramen dalam tong sampah, tak sampai beberapa saat saya pusing je nampak anak capai cawan tu dan air panas tertumpah kena dia," katanya ketika dihubungi mStar. Rina (kanan) bersama Rizqi. Lebih mesra disapa Rina, dia akui cukup terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan anak sulungnya daripada terkena air panas pada muka dan dada. ARTIKEL BERKAITAN: Cemas pipi anak usia 2 tahun tertusuk berus gigi, ingatkan trauma tapi menangis sebab lapar... ibu tak sangka dapat 'request' sebelum masuk OT ARTIKEL BERKAITAN: Selepas hitamkan mata anak suka main telefon, wanita ini dedah dirinya pula 'disekolahkan' si kecil ketika syok layan filem Tamil Cerita Rina, sejurus selepas insiden berlaku dia bergegas membawa anaknya ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Temerloh. "Doktor kata keadaan melecurnya 70 peratus. Mujur tak kena pada bahagian mata yang boleh menyebabkan keadaan lebih parah, mungkin boleh buta. "Esoknya anak saya menjalani pembedahan bagi merawat luka,” ujarnya yang berasal dari Maran. Rizqi selepas discaj dari hospital. Mengimbas kembali detik cemas itu, suri rumah tersebut ternyata sedih mendengar jeritan anaknya yang menanggung kesakitan akibat melecur. "Anak menangis, meronta-ronta. Ibu mana yang tak sedih apabila anak sakit macam tu. Kalau sakit anak tu boleh berbalik kepada saya... saya sanggup menanggungnya. Kalau sakit anak tu boleh berbalik kepada saya... saya sanggup menanggungnya. NURULZARINA SHAFIE IBU "Saya akui salah saya kerana cuai. Kejadian yang berlaku memberi pengajaran buat saya sendiri dan diharap dijadikan iktibar kepada ibu bapa lain agar lebih berhati-hati," katanya. Menurut Rina, anaknya sudah discaj dari hospital selepas menjalani rawatan selama lima hari dan kini melalui fasa pemulihan. Rina (kiri) bersama suami (kanan) dan Rizqi. "Alhamdulillah, keadaan anak semakin baik dan dia kembali aktif. Kalau di hospital sebelum ini asyik mengadu sakit terutama di bahagian dada. "Sekarang ni saya serik nak makan ramen. Dulu saya memang suka sangat makan ramen, sekarang ni benci tengok ramen tu. "Disebabkan satu cawan ramen, anak saya tanggung sakit teramat sangat. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang," ujarnya lagi. Video yang dimuat naik Rina mengenai anaknya di TikTok meraih lebih 1.6 juta tontonan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!