APABILA tibanya Aidilfitri pasti ramai yang akan berlumba-lumba pulang ke kampung halaman. Namun begitu, tatkala semua adik-beradik berkumpul bagi meraikan hari mulia ini, pertelingkahan sesama ahli keluarga juga ada kalanya timbul. Begitulah juga kisahnya melalui luahan tanpa nama di Twitter mengenai hati wanita ini yang terguris kerana perebutan bilik di rumah mentua. Ciapan asal di laman Twitter. Menurut wanita itu, elemen pilih bulu berlaku dalam keluarga besar suaminya hingga menyebabkan dia berkecil hati. "Balik kampung je mesti berebut bilik. Padahal kami dah sampai awal daripada orang lain, tiba-tiba ada je orang dah booking bilik dulu. "Sibuk fasal aurat isteri dia, habis aurat saya mcm mana. Mentua pun kadang-kadang serba salah, jadi saya tak ada la nak salahkan dia," ujar wanita itu. ARTIKEL BERKAITAN: Perantau disuruh balik kampung hanya untuk dibuang keluarga! Kini tinggal di stor, adik-beradik potong bekalan air, elektrik ARTIKEL BERKAITAN: Earphone punca 2 beradik gaduh, abang si kaki sakat suka tengok adik bongsu bengang - “Dia masuk bilik mak, sambil menangis beritahu rindu Abang Danish” Wanita itu turut menambah suaminya ada menyumbangkan dana sebanyak RM15,000 untuk renovasi rumah ibu bapanya dan ia seperti tidak dihargai. "Masa besarkan rumah dan tambah bilik, suami ada bagi RM15,000. "Adik-beradik yang lain satu sen pun tak bagi. Saya tak kisah pun siapa dapat bilik, janji siapa sampai dulu dia dapat. Kalau family saya mesti asing lelaki dengan perempuan. Perempuan semua duduk rumah arwah atuk, lelaki pula duduk deat homestay. WARGA MAYA "Ini tak, orang yang sama je dapat bilik. Padahal dia la yang terpaling lambat sampai," kata wanita itu kecewa. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata pelayar mengakui sering menghadapi permasalahan ini dan mencadangkan beberapa langkah penyelesaian. "Kalau family saya mesti asing lelaki dengan perempuan. Perempuan semua duduk rumah arwah atuk, lelaki pula duduk dekat homestay. InshaAllah tak ada isu pasal aurat. Ciapan balas warga maya. "Yang perempuan duduk je la dalam bilik, yang lelaki tidur dekat luar, jangan nak mengada tidur sekali suami isteri waktu raya, ada ramai orang, bertolak-ansur sikit dengan adik-beradik dan ipar-duai. "Sebab tu sekarang aku perasan ramai dah yang jenis kalau balik kampung tak tidur rumah, sanggup duduk dekat hotel atau homestay. "Kalau family besar, penat macam mana pun, lepas masak malam raya, balik homestay tidur. Pagi raya datang balik. Ini sebab masing-masing dah ada kesedaran tentang aurat keluarga," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!