suria

“Malaysia senang buat duit” - Wanita terpaksa setuju pandangan cleaner Indonesia, kebanyakan orang kita nak kerja glamour sahaja

Ada individu dalam masyarakat di Malaysia dikatakan memilih pekerjaan. -Gambar hiasan

HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Kita sering mendengar keluhan daripada masyarakat berhubung gaji tidak setimpal dengan kerja dan akhirnya tidak cukup untuk menyara diri serta keluarga.

Namun begitu, melalui satu hantaran yang tular di Facebook, seorang wanita berkata rezeki yang tersedia adalah luas dan terserah kepada kesanggupan seseorang individu untuk mendapatkannya.

Setiap pekerjaan mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada masyarakat. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia ditemukan dengan seorang pekerja warganegara Indonesia yang mendakwa mencari pendapatan di Malaysia sebenarnya mudah.

"Hari tu, orang Indonesia yang selalu aku panggil untuk tolong cuci rumah aku cerita, sebulan dia boleh dapat dalam RM3,500 ke RM4,000 dengan ambil upah cuci rumah orang sahaja.

"Bulan Ramadan pun dia ambil upah dalam keadaan dia berpuasa. Lepas tu dia cakap dekat aku, senang sebenarnya di Malaysia nak cari duit, cuma kena rajin je. Peluang kerja banyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider kepenatan terlentok di kerusi kedai makan undang simpati, kepala dialih ke meja pun tak sedar - “Telefonnya masih terpasang aplikasi maps”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki caci maki jiran penghuni flat buang sampah merata, geram bumbung kereta kemik - “Mentaliti miskin pemalas!”

"Dia cuci rumah aku sejam je dah dapat RM20 untuk seorang. Selalu aku panggil dia untuk cuci rumah dalam tiga jam setengah hingga lima jam untuk dua orang," ujar wanita itu.

Wanita itu berkata, berdasarkan pemerhatian dia boleh menyimpulkan sesetengah rakyat Malaysia terlalu memilih pekerjaan.

"Zaman adik aku menganggur dulu, aku suruh ambil upah cuci rumah orang, dia tak nak.

Semua nak harap subsidi, salute buat warga tempatan yang rajin dan tak memilih kerja.

WARGA MAYA

"Lepas tu dulu ada satu perempuan Melayu ni, berdegar-degar cerita nak duit, cakap ada anak-anak nak sara, dah lama tak kerja.

"Aku offer kerja jaga makcik aku, orang kurang upaya (OKU) dan tak berapa sihat, dia tak nak. Dia duduk Petaling Jaya, Selangor sama dengan makcik aku. Bukan suruh bermalam pun. Sebabnya dia nak cari kerja pejabat juga.

"Itulah ceritanya, lepas tu merungut tak ada kerja, tak ada duit," kata wanita itu kesal.

Menceritakan pengalaman dirinya sendiri, wanita itu berkata dia sanggup menebalkan muka melakukan kerja-kerja yang hanya dipandang sebelah mata.

"Aku jenis muka tak malu buat kerja-kerja macam ni. Zaman aku student dulu, aku ambil upah jadi pengasuh dan juga cuci rumah orang.

"Bukan banyak pun dapat, aku jadi pengasuh untuk satu pelajar doktor falsafah (PhD) ni, dia bayar aku AS$100 (RM444) sebulan, jaga lima budak dalam dua hingga tiga jam sehari.

Sebahagian komen warga maya.

"Sementara itu isteri dia pergi kelas bahasa Inggeris. Boleh la dapat sikit-sikit duit extra. Tapi apa yang penting, dekat Malaysia ni senang nak buat duit, cuma kena rajin je.

"Kalau tak nak buat kerja macam ni selamanya, buat part-time sementara dapat dream job pun okay, apa salahnya mencuba," kata wanita itu menutup perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berkata semuanya terpulang kepada diri sendiri untuk merebut peluang yang sudah tersedia

"Yang malas dan memilih akan kekal di tahap yang sama, tapi yang rajin berusaha cari rezeki akan berjaya.

"Walaupun tak semua orang kita pemalas, ada yang rajin kerja, namun tak dinafikan ramai juga yang pemalas. Nak harap kerja senang, duduk aircond, gaji besar.

"Kerja nak 8 pagi hingga 5 petang setiap hari, kalau kerja lebih merungut. Semua nak harap subsidi, salute buat warga tempatan yang rajin dan tak memilih kerja.

"Lagi satu kalau ada ilmu kemahiran macam repair phone ke, wiring ke, jahitan ke, semua tu boleh guna untuk buat duit," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain