suria

Pelanggan ada cara ‘special’ minta hantar makanan, rider pun pelik tapi layankan saja - “Ini baru contactless delivery”

Rider ini belajar perkara baharu mengenai cara unik untuk menghantar makanan.

TUGASAN sebagai seorang rider penghantar makanan bukannya mudah dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Antara ujian yang menjadi kelaziman adalah kesukaran mencari alamat kediaman serta berdepan dengan kerenah pelanggan yang menyakitkan hati.

Namun, lain pula kisah rider penghantar makanan ini apabila dia menerima pesanan daripada seorang pelanggan yang mahu memudahkan urusan penghantarannya.

Perkongsian asal di TikTok.

Kisah ini diceritakan melalui satu video tular di TikTok apabila dia menerima pesanan daripada pelanggan yang menetap di sebuah pangsapuri.

Kebiasaannya pesanan melibatkan kediaman bertingkat memerlukan rider untuk naik ke aras atas dan menghantar makanan sehingga ke depan pintu rumah pelanggan.

Walaupun begitu, ternyata pelanggan ini mempunyai caranya tersendiri untuk mengambil makanan daripada rider tsersebut.

"Boleh letak je makanan dalam lift dan tekan tingkat 12, letak je mana-mana dalam lift, boleh encik?" kata pelanggan itu melalui mesej ringkas yang tertera pada skrin telefon pintar rider tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran... rider diminta buat ‘kerja tambahan’ bagi anjing pelanggan makan - “Saya dah la tengah puasa ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik rider gigih cari rezeki walau bongkok! Rehat cuma pada waktu solat, banyak buat job di Mont Kiara, Hartamas

Perkara ini memudahkan urusan rider serta menjimatkan masa kerana rider tidak perlu bersusah-susah untuk naik ke atas, membuat penghantaran sehingga depan pintu dan kemudian turun semula dari pangsapuri.

"Kau tengok ni mat, macam ni pun boleh mat, tinggal makanan dalam lif lepas tu tekan tingkat 12.

"Customer cakap tak perlu susah-susah nak naik, aku pun tak sampai hati nak tinggal makanan atas lantai tapi nak buat macam mana customer yang suruh buat.

Aku rasa aku tahu kenapa dia buat macam tu, dia introvert dan dia tak nak jumpa orang langsung.

WARGA MAYA

"Enjoy je la, benda pun dah letak, semoga selamat sampai makanan tu dekat ataslah ya," kata rider itu.

Dalam video itu dapat dilihat rider tersebut meletakkan dua bungkusan plastik merah berisi makanan dan minuman di atas lantai lif dan kemudian menekan butang ke tingkat 12.

Rider itu seterusnya meninggalkan lif tersebut dan tugas penghantaran makanannya sudah selesai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya cuba berteka-teki mengapa pelanggan tersebut bertindak sebegitu.

"Aku rasa aku tahu kenapa dia buat macam tu, dia introvert dan dia tak nak jumpa orang langsung.

Sebahagian komen warga maya.

"Ini baru contactless delivery yang sebenar.

'Ini mungkin customer perempuan dan dia datang bulan, order makanan tapi segan la nak jumpa depan-depan, nanti orang senang-senang je kecam tak puasa," kata sebahagian warga maya.

Tidak kurang juga ada warga maya yang sangsi adakah makanan itu akan tiba ke destinasinya di tingkat 12.

"On the way nak ke tingkat 12, sangkut tingkat lima dulu. Sampai-sampai atas tinggal plastik je.

"Besar kemungkinan makanan tu akan singgah di tempat lain dulu.

"Saya sebagai rider sangat gembira kalau ada pelanggan yang memudahkan urusan macam ni," antara komen netizen lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain