suria

‘Drama raya’ penuh air mata! Syahdu, cucu berlari sambil meraung nampak datuk atas ‘wheelchair’ di hospital

Seorang kanak-kanak berlari sambil meraung kerana rindukan datuknya di hospital.

KASIH sayang seorang datuk atau nenek terhadap cucunya memang sukar ditafsir dan dikatakan lebih istimewa berbanding anak sendiri.

Sudah menjadi lumrah apabila ibu bapa yang dulunya garang dan tegas terhadap anaknya mampu bertukar menjadi seorang yang tenang dan sentiasa berlembut dengan cucu.

Perkongsian video oleh @hyburgs di TikTok baru-baru ini mengundang sebak apabila seorang kanak-kanak dilihat berlari sambil meraung di sebuah hospital yang tidak dinyatakan lokasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk 5 cucu masih ‘steady’ belajar degree, usia 77 tahun tetap nak jadi peguam... Netizen harap fasilitator tak jerit-jerit di minggu suai kenal

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu ayah garang teramat, kini bukan main penyayang... anak pelik apa rahsia cucu ‘lembutkan’ datuknya

Dalam rakaman tersebut, si kecil berlari sambil menangis teresak-esak menuju ke arah datuknya yang sedang duduk di atas sebuah kerusi roda di luar wad.

Menurut kapsyen yang ditulis pada video, kanak-kanak lelaki itu sudah tiga hari tidak bertemu datuknya dan terlalu merindui warga emas itu yang sakit dan ditahan untuk menerima rawatan.

“Rindu cucunya terhadap datuknya yang sakit di hospital.

“Tiga hari tak jumpa. Turun kereta terus berlari ke arah datuknya,” tulis pelayar yang dipercayai bapa kanak-kanak tersebut.

Kasih sayang yang terjalin antara cucu dan datuk buat ramai sebak.

Jika diteliti rakaman tersebut, budak lelaki itu sempat diangkat oleh seorang pemuda yang berada di sebelah datuknya sebelum dia diletakkan di atas ribaan warga emas itu.

Dalam pada itu, pelayar turut mendoakan agar bapanya diberi kesembuhan segera dan boleh cepat keluar dari hospital.

Apatah lagi Hari Raya bakal tiba sudah pasti mereka mahu menyambut hari istimewa tersebut bersama-sama.

“Semoga diberi kekuatan dan cepat sembuh buat ayah.

Mesti lagi kuat datuknya menangis dari dalam hati.

NETIZEN

“Raya dah nak dekat jadi ayah balik kita (sambut) raya sama-sama dekat rumah ya,” katanya lagi.

Hantaran tersebut ternyata mengundang sebak semua orang menontonnya yang mana video itu meraih lebih 400,000 jumlah tontonan.

Rata-ratanya mengaku turut menangis apabila melihat ‘drama air mata’ antara seorang cucu dengan seorang datuk.

Komen netizen di TikTok.

Malah, masing-masing bagai dapat menyelami kasih sayang yang wujud antara mereka berdua.

“Mesti datuk selalu bawa dia ronda waktu petang naik motosikal kan.

“Mesti kawan baik dengan datuk ni.

“Mesti lagi kuat datuknya menangis dari dalam hati,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain