suria

Pernah tinggal beg tepi simpang, selinap masuk rumah... anak teruskan ‘tradisi’ buat kejutan balik beraya! Ibu tetap gagal hidu rancangan

Lan membuat kejutan pulang bercuti raya lebih awal.

BUKAN melatah, tapi terkejut!

Begitulah reaksi seorang ibu apabila anaknya membuat kejutan keluar dari 'persembunyiannya' di sebalik tempat duduk belakang di dalam kereta.

Video mengenai rancangan pemuda ini untuk pulang ke kampung halaman lebih awal, menarik perhatian malah mengundang sebak netizen.

Lan menaiki penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur.

Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan yang bertugas di Sabah berkata, dia sepatutnya pulang ke kampung di Tanjung Malim, Perak pada 18 April.

Bagaimanapun dia yang hanya mahu dikenali sebagai Lan memberitahu, dia merancang untuk pulang lebih awal selepas penerbangannya dijadualkan semula.

"Saya hanya beritahu keluarga akan balik pada 18 April tetapi bergantung pada situasi penerbangan.

"Tapi penerbangan saya dijadualkan semula sebanyak dua kali sebelum saya membuat keputusan untuk pulang lebih awal, pada 15 April," katanya kepada mStar.

kejutan balik kampung 5

Kejutan buat ibu menjadi.

Pemuda berusia 28 tahun ini berkata, ini bukan pertama kali dia membuat kejutan setiap kali pulang beraya sejak berkhidmat sebagai penjawat awam di Negeri di Bawah Bayu itu selama tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Ceria bertukar sayu! Ibu tak makan nasi masa berbuka, 'kenyang' tengok anak 6 tahun tak balik Malaysia tiba-tiba ada depan mata

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan selepas doa depan Kaabah, anak di Australia akhirnya pulang ke pangkuan keluarga! Nampak tahi lalat, ibu terus meraung

"Cuti raya tahun pertama, saya sanggup tinggalkan beg di tepi simpang dan berlari ke arah ibu yang sedang mengecat di luar rumah, tahun kedua saya balik tengah malam dan masuk ke rumah ikut pintu belakang dan muncul buat kejutan ketika sahur.

"Balik raya tahun ini pula saya sorok belakang seat. Kakak yang jemput saya sengaja minta ibu ambil barang di but, sebelum saya keluar dari kereta dan buat kejutan," ujar Lan.

Lan (kanan) bersama ibu.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, ibunya yang merupakan guru tadika berusia 58 tahun disifatkan sebagai penyayang, baik hati dan tidak pernah berkira.

"Ibu sentiasa bersama anak-anak ketika susah dan senang. Senang cerita, ibu sempurna di hati saya.

Kejutan yang dirancang sebelum puasa menjadi!

LAN

ANAK

"Setiap kali balik, tentunya masakan ibu yang dirindui seperti gulai lemak udang, rendang ayam stail Perak dan nasi ayam," katanya.

Menyedari penerbangannya untuk pulang bercuti raya sering kali dijadualkan semula, namun kata Lan, terdapat hikmah di sebaliknya.

Ibu Lan (tengah) disifatkan sebagai penyayang terhadap anak-anak.

"Setiap kali penerbangan dijadualkan semula, saya akan tukar ke tarikh lebih awal. Jadi, saya boleh buat persiapan di dapur seperti kebiasaan setiap kali menjelang Hari Raya.

"Saya yang akan menguruskan hal-hal di dapur, pergi beli barang-barang basah dan masak beberapa juadah seperti rendang daging dendeng.

"Syukur Alhamdulillah, saya dapat pulang bercuti lebih awal dan kejutan yang dirancang sebelum puasa menjadi!" katanya yang bercuti sehingga 1 Mei depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain