suria

Niat nak bantu peniaga sebab gerai suram, balik rumah pelanggan pula termenung... akhirnya ‘rahsia’ lemang tak laku terbongkar

Lemang merupakan juadah popular pada Hari Raya Aidilfitri. -gambar hiasan

LEMANG semestinya menjadi juadah popular setiap kali tibanya Aidilfitri.

Kebiasaannya dibeli daripada peniaga yang tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki berlipat kali ganda sepanjang bulan Syawal.

Namun apa yang tidak enak dilihat apabila terdapat lemang yang dibeli tidak dimasak dengan sempurna atau mentah.

Ciapan asal di laman Twitter.

Niat seorang wanita yang membeli lemang dari sebuah gerai yang kurang mendapat sambutan pelanggan kerana mahu membantu perniagaannya, berakhir dengan kekecewaan.

"Beli lemang dari gerai ni sebab kasihan tak ada orang beli langsung. Gerai dia ni di sebelah gerai lemang yang famous di kawasan saya.

"Tapi bila balik rumah dapat lemang yang macam kurang menjadi. Macam tak tahu ini nak makan lemang ke atau nasi putih atau wajik. Lesson learned, beli je lemang yang famous.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan campak lemang tak masak, peniaga naik hantu nak pukul guna batang buluh

ARTIKEL BERKAITAN: Padah panas baran angkara lemang tak masak, peniaga belasah pelanggan ditahan

"Ada sebab la kenapa orang beratur panjang setiap tahun, kualiti terjaga dan terjamin," luah wanita itu di laman Twitter.

Wanita itu seterusnya memberitahu niat asalnya adalah untuk memeriahkan gerai lemang yang tidak dikerumuni pelanggan.

"Kita kasihan tengok peniaga dia termenung tunggu pelanggan. Tapi bila dapat lemang macam ni aku pula yang termenung.

Basic tip kalau nak beli barang, jangan mudah rasa kasihan. Mesti ada sebab kenapa kedai tu tak laku.

PELANGGAN

"Kalau tak ada pelanggan, nanti cakap kena sihir," keluh wanita itu.

Menjengah ke ruangan bebenang menerusi ciapan tersebut, beberapa warga maya berkongsi pengalaman sama apabila cuba membeli lemang dari gerai yang kurang mendapat sambutan.

"Sama macam saya. Beli lemang dekat Chow Kit sebab nak support, akhirnya bukan dapat lemang tapi macam nasi impit kering.

"Orang meniaga, dia pun nak meniaga. Tapi buat macam acuh tak acuh, aniaya pelanggan. Tak berkat berniaga macam tu.

Ciapan balas warga maya.

"Harga pun tak nak kalah. Basic tip kalau nak beli barang, jangan mudah rasa kasihan. Mesti ada sebab kenapa kedai tu tak laku," kata sebahagian warga maya.

Selain itu, seorang warga maya turut mencadangkan kaedah untuk membeli lemang agar tidak mudah ditipu peniaga yang ingin mengambil kesempatan.

"Kenapa beli lemang tak nak buka sekali depan peniaga. Kalau tak masak, suruh ganti. Tak buang masa kita.

"Lagi baik dah siap bawa bekas sekali dari rumah senang nak letak lemang dah siap potong.

"Lemang ni macam durian. Tak semua cantik. Mesti ada yang rosak. Kena periksa satu-satu," ujarnya menitipkan pesanan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain