suria

Tubuh menggeletar macam renjatan elektrik... Remuk hati ibu anak kena sawan - “Tengok dia tarik, mesti ingat nak habis umur”

Keadaan Adi ketika dia diserang sawan.

UJIAN berat bagi bagi keluarga ini setiap kali melihat si anak ‘mengelupur’ kesakitan akibat penyakit sawan, sejak empat tahun lalu.

Meskipun mengambil ubat-ubatan setiap hari, namun keadaan Adi Putra Norul Islam semakin teruk berikutan sawan yang menyerang berlaku hampir setiap masa malah cukup membimbangkan.

Menceritakan situasi tersebut, ibunya Shakirah Azizan berkata, Adi disahkan menghidap penyakit epilepsi sejak dia berusia 10 tahun.

“Dia lahir sempurna. Masa naik darjah empat iaitu ketika awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dah mula nak jadi sedangkan tidak ada keturunan kena sawan.

“Kakaknya yang berusia 19 tahun dan adiknya juga sihat. Jadi tak biasa tengok macam mana orang kena sawan,” luahnya yang berasal dari Alor Star, Kedah ketika dihubungi mStar.

Pun begitu, kata Shakirah dia pernah didatangi Adi yang memaklumkan tidak sihat dan mahu berjumpa doktor.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu hati hanya gambar, video pusara anak di Madinah ubat kerinduan dari jauh, keluarga harapkan ada yang sudi ziarah Syawal ini

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hidup terkurung’ di kondo, anak-anak keluar beraya tak reti bergaul... Menyorok belakang mak ayah je, mengalahkan orang trauma!

“Adi pernah datang pada saya minta bawa pergi jumpa doktor sebab sakit, masa tu saya sibuk nak berniaga. Jadi tak beri perhatian sangat, dia pun tak tahu sakit apa dan badannya tak panas.

“Tiba-tiba satu hari dia kena sawan, mujur kakak dia rekod... tunjuk video pada doktor dan dia akhirnya ditahan wad.

“Pelbagai ujian dibuat tapi tak dapat kesan penyakit dia sehinggakan doktor minta nak ambil air tulang belakang. Tapi masa ni, semua tak setuju dan kami nak cuba rawatan Islam,” luahnya dalam tangisan.

Keadaan terkini Adi yang kelihatan lemah.

Keadaan terkini Adi yang kelihatan lemah.

Menurut Shakirah, hatinya hancur dan remuk setiap kali menyaksikan keadaan Adi diserang sawan.

“Kalau orang tengok dia tarik, mesti ingat dia nak habis umur,” luahnya.

Disebabkan keadaan semakin teruk, Shakira kemudiannya berkongsi video dalam grup keluarga suaminya.

Dia jadi (sawan) masa tidur, kalau terjaga tak apa cumanya sekarang dia dah mula meracau.

SHAKIRA

“Kakak ipar suruh bawa dia pergi hospital pakar untuk rawatan lanjut dan dia bayarkan sebab saya dah tak ada duit. Dia cakap kalau tak bawa juga, dia akan hubungi ambulans suruh pergi ambil.

“Selepas beberapa kali rawatan dan jumpa pakar, Adi mula meracau dan cakap bukan-bukan. Keadaan tarik dia makin teruk.

“Dia jadi masa tidur, kalau terjaga tak apa cumanya sekarang dia dah mula meracau,” katanya lanjut.

Turut menghadapi masalah kewangan, Shakira yang hanya berniaga kecil-kecilan mengakui buntu kerana tidak dapat meneruskan rawatan dan terapi buat anaknya.

Pada masa sama, dia juga tidak tahu ke mana harus membawa Adi untuk mendapatkan rawatan kerana kos terlalu mahal.

Gambar kenangan yang diambil semasa Adi (duduk kiri) berusia 9 tahun.

Gambar kenangan yang diambil semasa Adi (duduk kiri) berusia 9 tahun.

“Apabila anak sakit, duit memang laju keluar dan saya dah tak tahu nak bawa dia pergi mana untuk berubat,” luahnya sambil memaklumkan bahawa anaknya terkena sawan setiap hari.

“Daripada darjah empat, tak ada sehari pun dia tak kena sawan... nak pulihkan dia kembali amatlah sukar," katanya.

Tambahnya, lebih memilukan apabila dia mendakwa anaknya dibuang sekolah kerana penyakit yang dihidapi.

“Dia tak boleh pergi sekolah... disebabkan dia dah lama tak pergi jadi pihak sekolah buang.

“Malah tak ada langsung wakil daripada sekolah yang datang tengok keadaan Adi.

"Saya ada bagi surat hospital pada sekolah cuma tak boleh nyatakan bila anak saya boleh hadir ke sekolah," dakwanya yang turut kecewa dengan pengurusan sekolah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain