suria

Duit beli baju raya isteri pun ibu hulur... Lelaki ini buat kejutan pagi raya, tin biskut penuh barang kemas undang sebak dua beranak!

Hanif menebus semula barang kemas ibu yang pernah digadaikan untuk membantunya.

SETIAP kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha dan jerit perih.

Malah kadang kala ia memerlukan pengorbanan mahupun pertolongan daripada orang sekeliling bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi.

Demikian liku kehidupan seorang jejaka yang dikenali sebagai Hanif Ziqfactory.

Ibunya turut memberi kata-kata nasihat kepadanya.

Ibunya turut memberi kata-kata nasihat kepadanya.

Berkongsi kisah kejayaannya di laman TikTok, dia mengakui pernah menjadi anak yang paling menyusahkan ibunya.

"Tahun lepas aku jadi anak lelaki yang paling menyusahkan mak aku.

"Aku paling banyak pinjam duit sampaikan mak gadai semua emas dia untuk tolong aku.

ARTIKEL BERKAITAN: Selit teks doa dalam kitab, minta ibu baca hari-hari... Marbitter syukur boleh ’survive’ jadi YouTuber kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh menggeletar macam renjatan elektrik... Remuk hati ibu anak kena sawan - “Tengok dia tarik, mesti ingat nak habis umur”

"Aku janji nak bayar sikit-sikit tapi sampai sekarang tak bayar langsung," luahnya.

Bukan itu sahaja, baju raya untuk isterinya juga diberikan oleh si ibu meskipun dia tidak menceritakan kesusahan.

"Tahun lepas nak beli baju raya bini pun mak aku yang hulur duit. Betullah naluri seorang ibu, kalau kita susah macam manapun dia boleh tahu... sembunyilah macam mana pun, mak mesti tahu kau tengah susah," katanya lagi.

Ibu Hanif terkejut melihat barang kemas yang pernah digadainya.

Ibu Hanif terkejut melihat barang kemas yang pernah digadainya.

Namun tidak disangka, berkat doa ibunya, Hanif kini berjaya bangkit dalam perniagaan sehingga mampu menebus semula setiap barang kemas ibunya yang pernah digadaikan.

"Tahun ni Alhamdulillah, atas kurniaan rezeki. Hidup aku ni dah tak ada lagi kejayaan yang palsu, semuanya berkat doa seorang ibu.

Nasihat mak dia makan dalam sangat... bermakna.

WARGANET

"Hari ini aku nak hadiahkan semula emas yang pernah tergadai sebelum ni.

Ada rantai tangan besar ni, rantai tangan kedua... dua bentuk cincin, sepasang subang dan rantai tangan yang ketiga.

Antara barang kemas yang dikembalikan Hanif kepada ibunya.

Antara barang kemas yang dikembalikan Hanif kepada ibunya.

"Walaupun bagi mak aku nilai ni kecil saja, tapi bagi aku nilai dia sangat besar sebab aku berjaya bayar balik hutang. Ramai sangat orang berani berhutang tapi tak pandai bayar," tambahnya.

Menerusi video berdurasi 3.31 saat itu juga, Hanif mengambil kesempatan memulangkan semula barang kemas berkenaan kepada ibunya sekali gus membuatkan suasana hari raya bertukar pilu.

Ibunya yang kelihatan terkejut kemudian memeluk dan menciumnya semula sambil memberi kata-kata semangat dan perangsang untuknya lebih berjaya.

Video yang dimuat naik itu juga ditonton lebih 3.3 juta pelayar TikTok dan turut mendapat 367,000 tanda suka.

Rata-rata warga maya turut meluahkan rasa pilu dan sayu dengan momen berkenaan selain mengucapkan terima kasih kerana berkongsikan kata-kata nasihat daripada ibunya.

Antara komentar yang ditinggalkan warga maya.

Antara komentar yang ditinggalkan warga maya.

"Bang, tolong ucapkan terima kasih saya pada mak abang atas kata-kata nasihat dia tu. Dengan jelas saya mendengarnya dan melegakan saya juga ketika bankrap ni.

"Nasihat mak dia makan dalam sangat... bermakna.

"Terbaik ibu anda saudara, nasihatnya amat bermakna dan doanya dimakbulkan. Semoga ibu sekeluarga diberikan barakah kurniaannya serta rahmatnya.

"Ya Allah, mak awak cakap sungguh teratur dan cukup mendalam maknanya... banyak nasihat, untung dapat mak begitu tak pernah putus asa dengan anak-anak sampai saya pun menangis," demikian luahan beberapa warganet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain