KEHADIRAN 'tetamu tak diundang' ternyata mencemaskan penduduk di Taman Sri Lambak, Kluang, Johor. Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa ekor gajah berkeliaran bebas di kawasan perumahan itu pada waktu malam, seolah-olah lapar mencari makanan. Lebih memburukkan keadaan apabila binatang itu turut merosakkan pagar kediaman seorang penduduk. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Setiap malam rumah penduduk di Taman Sri Lambak akan menerima kunjungan gajah," tulis pemilik akaun TikTok Aku Budak Kluang mengenai insiden yang berjaya dirakamkan. Dalam perkongsian terbaharu, dia memuat naik satu lagi video yang memaparkan seekor gajah merempuh pagar di sebuah rumah, buat kali kedua. "Tuan rumah baru betulkan pagar, dah kena rempuh lagi," ujarnya pada kapsyen video tersebut. Gajah nak datang raya tu. NETIZEN Di ruangan komen, timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai rumah berkenaan sering menjadi sasaran si gajah. "Gajah ni haiwan paling kuat ingatan. Jadi rumah ni ada buat apa-apa ke dengan gajah? "Gajah nak datang raya tu. ARTIKEL BERKAITAN: Balik raya paling ngeri! Wanita sempat baca doa Nabi Sulaiman, pandang tepat mata gajah ARTIKEL BERKAITAN: Gajah lari ke bukit petanda musibah? Netizen bimbang banjir besar, kaitkan dengan insiden ribuan ikan terdampar "Dah satu kerja lagi nak baiki pagar. "Dia betul-betul minat dengan rumah ni," tulis beberapa netizen. Selain itu, netizen turut menggesa penduduk setempat agar membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung kehadiran gajah di kawasan kerana ia bukan sahaja boleh mengundang bahaya, malah ancaman keselamatan serta kerosakan. Gajah berkeliaran bebas di kawasan kampung berkenaan. Menurut pemilik TikTok itu lagi, gajah berkenaan bukan sahaja berkeliaran di kawasan rumah, malah turut bergerak bebas di kawasan kampung. Dalam satu lagi video yang dikongsi, kelihatan seekor gajah sedang berjalan melintasi sebuah medan selera. Malah, dia turut memberi pesanan kepada orang ramai agar berhati-hati sekiranya melalui kawasan tersebut. "Kepada semua yang pulang ke kampung melalui jalan Mersing - Kluang, sila berhati-hati. Gajah ada di tepi-tepi jalan," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube