suria

Patutlah tak jawab telefon, rupanya sudah meninggal seorang diri malam raya... Kakak terkilan, Syawal kedua baru urus jenazah

Jenazah pemuda ini selamat dikebumikan pada 23 April lalu.

SAAT kita gembira menyambut Hari Raya, terselit kisah duka dikongsikan seorang individu di media sosial.

Kematian ahli keluarganya dalam bulan Ramadan yang penuh kemuliaan baru-baru ini cukup memberikan impak besar bagi mereka.

Menerusi perkongsian kakak arwah iaitu Ain Ariff, adiknya meninggal dunia seorang diri pada 21 April lalu.

adik maut 2

Ashraf selamat dikebumikan pada Hari Raya kedua.

“Arwah adik (Ash) meninggal malam raya. Kami tak sedar rupanya sudah satu hari arwah meninggal.

“Raya kedua baru uruskan pengebumian arwah,” kata Ain menerusi perkongsian di TikTok.

Upacara pengebumian Allahyarham Mohd Asyraf Mohamad Ariff yang meninggal dunia pada usia 36 tahun selamat diadakan pada 23 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selamat berehat anakku” - Kanak-kanak 11 tahun pergi selamanya akibat strok haba, ibu sayu kenangkan arwah ajar erti kehidupan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak meraung peluk bapa dalam kereta, rupanya dah 30 minit tak bernyawa... gurauan nak ‘beraya’ dengan arwah isteri jadi kenyataan

Berdasarkan semakan di ruangan komen, difahamkan arwah menyewa bersama rakan-rakannya di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Dia dikatakan mengalami demam panas.

Menurut cerita Ain, setelah panggilan dan mesej tidak dijawab, ahli keluarganya mula menjejaki arwah di rumah sewanya sebelum dia ditemukan tidak sedarkan diri.

Dengan sekelip mata kau tinggalkan kami di hari dan bulan baik yang dicemburui setiap orang.

AIN ARIFF

KAKAK

“Patutlah adik beradik lain dan mak hubungi seharian tidak berangkat? Allahuakbar, al-Fatihah.

“Moga engkau tenang di sana adikku,” ujarnya.

Sementara itu menerusi muat naik berasingan, Ain berkongsi dua keping foto arwah.

“Dengan sekelip mata kau tinggalkan kami di hari dan bulan baik yang dicemburui setiap orang.

Tangkap layar video dikongsikan Ain.

“Kami sayang kau @ashariffash atau atap. Semoga kau tenang di sana adikku, al-Fatihah,” ujarnya.

Bagaimanapun, punca kematian tidak dinyatakan oleh Ain berkemungkinan demi menjaga nama baik arwah.

Hingga kini perkongsian Ain tentang kematian adiknya meraih lebih 500,000 jumlah tontonan di TikTok.

Warga maya turut melahirkan rasa simpati selain mendoakan kesejahteraan arwah di negeri abadi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain