APABILA tibanya 1 Syawal, kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira untuk meraikannya. Masing-masing sudah membayangkan duit raya yang bakal diperoleh selepas sesi bersalaman dengan ibu ayah mahupun sanak saudara Tidak terkecuali pasangan suami isteri mahupun adik-beradik yang gemar berbalas duit raya bagi memeriahkan lagi suasana. Wanita itu turut mendakwa tidak pernah dibelikan baju raya. -Foto hiasan Pun begitu, tidak semua dapat memperolehnya seperti yang diluahkan seorang wanita berstatus isteri orang di Twitter baru-baru ini. Selain menyatakan dia tidak pernah menerima duit raya daripada suaminya, wanita terbabit turut mendedahkan bahawa kelengkapan raya dibeli sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau kawan tak cium tangan, dia akan cium” - Lucu gelagat murid pemalu agih ‘duit raya awal’ untuk rakan sekelas ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat tukar duit raya ‘no hal’, syiling terkumpul dalam kotak kasut jadi penyelamat... walau isi bukan mewah, yang penting seronok Mengakui rasa sedih, ujarnya perasaan itu semakin bertambah apabila melihat para isteri yang menunjukkan duit raya selepas bersalam dengan suami di media sosial. "Perlu atau tidak saya terasa kalau suami tak bagi duit raya? Kalau dia dapat bonus pun, dia tak ada belanja saya. "Baju raya dan kelengkapan raya saya beli sendiri... pernah minta nak baju raya tapi tak dapat-dapat pun. Memang ada suami yang rasa bagi duit raya tu bukan satu keperluan. WARGA MAYA "Saya jenis dress-up dan jaga penampilan, jadi semua yang saya buat untuk diri saya memang saya punya duit," adunya meminta pendapat warga maya. Malah katanya, duit raya yang diminta bukanlah banyak sebaliknya hanya ingin merasai keterujaan mendapat duit raya daripada suami. "Saya sedih... tak minta banyak pun, kalau dia bagi RM50 pun saya terima. Janji saya merasa vibes dapat duit raya daripada suami atau saya terlalu mengada-ngada," luahnya lagi. Pemberian duit raya adalah momen yang dinantikan semua golongan. Tambahan pula katanya, sepanjang tempoh empat tahun mendirikan rumah tangga, dia belum pernah merasa duit raya mahupun dibelikan baju raya oleh suami. Lebih menyedihkan apabila apa sahaja yang diminta daripada suami, pastinya hampa. Luahannya itu kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang menyifatkan suaminya sebagai kedekut selain tidak layak memegang gelaran sebagai suami. Antara komentar yang ditinggalkan warga maya. "Ni bukan setakat duit raya, baju raya pun tak bagi! Memang tak layak jadi suami... orang kahwin, kau pun nak kahwin tapi tak tahu tanggungjawab. "Memang ada suami yang rasa bagi duit raya tu bukan satu keperluan. Tapi mungkin sebab dengar cerita isteri-isteri lain dapat duit raya daripada suami... itulah sebab isteri kecil hati. "Kalau suami jenis tak bagi, jangan segan nak minta. Dia suami kau, bukan skandal. "Kalau dia provide kelengkapan raya, tak apalah tak bagi. Tapi kalau tak provide apa-apa langsung, memang patut terasa," komen beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube