suria

Bayar RM350 dapat ‘liang lahad’ ada pendingin hawa, tapi bahagi dua... Pemuda terkedu bilik sewa di Shah Alam harga cekik darah

Keadaan bilik sewa yang ditawarkan seorang pemilik rumah sewa dipercayai di Lembah Klang.

RESAM si perantau, rumah atau bilik sewa merupakan satu keperluan untuk berteduh demi mencari rezeki.

Hal itu menyebabkan wujudnya permintaan yang tinggi bagi rumah atau bilik khususnya di kota-kota besar.

Namun begitu, dengan kesempatan yang terhidang, ada kalanya 'tuan tanah' sengaja menawarkan bilik sewa pada harga tidak masuk akal lagi membebankan.

Ciapan asal di laman Twitter.

Begitulah kisahnya untuk lelaki ini apabila usahanya mencari bilik sewa bersesuaian akhirnya menemui sesuatu yang mengejutkan.

Dalam ciapannya di Twitter, lelaki itu menunjukkan beberapa pilihan bilik sewa dengan ruang yang sungguh sempit untuk dihuni walaupun hanya bagi seorang penyewa.

"Tidak mungkin saya akan menyewa bilik seperti ini. Lihat sahaja pada pendingin hawa yang dikongsikan antara dua bilik," tulis lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kaw-kaw’ buat duit! Balkoni ala liang lahad disewakan sebagai bilik, sebulan RM600... bimbang jadi trend, PBT digesa bertindak

ARTIKEL BERKAITAN: Bilik sewa di Cheras harga RM300, hanya muat satu tilam single... Netizen usik suruh ingat mati, saiz kecil macam liang lahad

Lebih mengejutkan, untuk bilik sewa sekecil itu yang tidak kondusif keadaannya, harga yang ditawarkan dilihat mencecah sehingga RM350.

"Ini bilik kecil tak ada pendingin hawa RM200, kalau ada pendingin hawa sekali RM250.

"Ini bilik jenis panjang RM280, kalau ada pendingin hawa sekali RM350," demikian jelas pemilik bilik sewa dipercayai di Shah Alam kepada lelaki berkenaan.

Mesej perbualan antara mereka dikongsikan di media sosial.

Pendingin hawa kongsi ni... macam mana nak cooperate masa bila masa nak buka dan tutup.

WARGA MAYA

Kecewa dan dirasakan seperti dieksploitasi, lelaki itu kemudian memberi teguran secara terbuka kepada tuan rumah yang hanya mengejar keuntungan semata-mata.

"Kepada tuan tanah kapitalis di luar sana, tolonglah sedar yang menyediakan taraf hidup sebegitu daif kepada penyewa adalah sesuatu yang zalim.

"Saya tahu ini mungkin tidak akan membawa apa-apa kesedaran kepada hati mereka yang sudah hitam, kerana apa yang lebih penting duit tetap mengalir masuk akaun.

"Tapi saya yakin keadilan akan tertegak juga suatu hari nanti," kata lelaki itu penuh harapan.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menzahirkan tanda tanya bagaimana seseorang manusia mampu bertahan dalam keadaan bilik seperti itu.

"Pendingin hawa kongsi ni, macam mana korang nak cooperate masa bila untuk buka aircond dan masa bila nak tutup.

"Ini nak bagi experience awal masuk kubur ke macam mana, atau ini sebenarnya liang lahad pro max (premium).

"Barang dengan baju nak letak mana ni. Tingkap tak ada, tak boleh tahu luar siang atau malam, sesak nafas, boleh jadi 'gila' ceritanya.

"Tolong la sesiapa pun under any circumstances jangan duduk rumah macam ni, nanti boleh burnout," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain