UMPAMA sudah menjadi norma dalam masyarakat, pasangan yang sudah berkahwin akan diasak dengan soalan mengenai zuriat. Namun tanpa kita sedari soalan-soalan seperti itu amat sensitif apatah lagi bagi pasangan yang cuba untuk hamil atau trying to conceive (TTC). Terpalit dengan situasi sama, seorang pengguna TikTok menggunakan akaun @dbyinn berkongsi pengalamannya menyambut Aidilfitri, baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kan semua nak beritahu orang?” - Selepas 7 tahun menunggu, sabar ‘hadap’ soalan sensitif... pasangan TTC masih harap timang zuriat tahun 2022 ARTIKEL BERKAITAN: Tumpang kasih sayang anak buah, tatang macam zuriat sendiri... Pasangan TTC 9 tahun lali hadap ‘mulut puaka’ "Raya nak happy, tapi orang asyik tanya bila nak berbadan dua," katanya. Sebagaimana dikongsikan di TikTok juga, dia dan suami mendirikan rumah tangga pada tahun lalu setelah sembilan tahun bercinta sejak belajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Dalam video sama, si suami yang berada di bahagian tempat duduk pemandu cuba menenangkan isteri dengan mengesat air matanya yang dalam kesedihan itu. Pasangan ini disatukan setelah sembilan tahun bercinta. Sementara itu menerusi ruangan kapsyen wanita tersebut merayu agar masyarakat lebih berhati-hati dan cuba menjaga perasaan wanita sepertinya. "Tolong lebih berhati-hati dengan percakapan sendiri. Awak tak tahu tak macam mana rasanya untuk saya tidak mahu menangis setiap kali datang bulan. "Sila doakan kami dan orang lain juga yang masih impikan malaikat kecil sebab kita tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan," jelasnya lagi. Saya terus je cakap tak nak anak kemudian tahun seterusnya mereka dah tak tanya fasal saya lagi dah. NETIZEN Jika diteli pada ruangan komen, ramai wanita lain turut berkongsi nasib sama apabila sering berdepan dengan individu tidak sensitif. Bukan itu sahaja, mereka turut memberi cadangan untuk menjawab soalan sedemikian jika masih ditanya golongan 'makcik bawang' yang disifatkan suka menyibuk hal orang. "Orang muda tak sibuk sangat tapi mulut orang tua-tua ni. Sakit sangat... kadangkala orang kita ni kena beradab. Tapi saya pilih untuk tak berjumpa sangat. Pedih. Komen netizen di TikTok. "Saya terus je cakap tak nak anak kemudian tahun seterusnya mereka dah tak tanya fasal saya lagi dah. "Saya pernah kena padahal masa tu baru beberapa bulan keguguran anak pertama. Saya balas anak kami kat syurga dah. Senyap pakcik makcik 'kepochi' semua tu," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube