SEBUT sahaja baju raya, pasangan yang sudah berkeluarga pastinya mahu memakai pakaian dengan tema warna sedondon supaya tampak lebih meriah dan berseri-seri. Lihat sahaja perkongsian di media sosial, ramai memilih busana sedondon sekali gus menyerlahkan kemesraan antara keluarga. Bagi yang bujang, adakalanya warna baju dipilih mengikut ibu dan ayah namun ada juga yang gemar mengikut pilihan gaya terkini. Syahrich tidak menyangka dia akan sedondon dengan langsir sebanyak dua kali. Pun begitu, tanpa disangka-sangka ramai juga tersalah percaturan apabila mengenakan pakaian dengan warna atau corak menyamai langsir atau sarung kusyen di rumah yang dikunjungi. Seperti yang dialami seorang pelayar TikTok yang menggunakan akaun @Syahrich, insiden baju raya berwarna sama dengan langsir bukan berlaku sekali kepadanya, sebaliknya dua kali. Paling mencuit hati apabila baju kemeja corak jalur tiga warna yang dipakainya juga menyerupai langsir sebuah rumah yang dikunjunginya. ARTIKEL BERKAITAN: Video mesra Khairulaming dengan wanita tersebar, ramai ‘broken’ terlepas peluang... Baju raya sedondon warna biru bikin peminat haru! ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak dah siap beli baju raya sedondon, bapa usia 51 tahun meninggal dunia ketika solat tarawih di masjid Menurutnya, insiden ‘sedondon’ itu berlaku pada 2 dan 5 Syawal baru-baru ini. “Berlaku pada 2 Syawal dan 5 Syawal... tahun depan tak tahu dah nak warna apa, asyik sama dengan rumah orang. "Ingatkan dah selamat pakai baju belang-belang,” luahnya menerusi video TikTok. Dia turut memuat naik gambar ketika menggayakan kedua-dua baju berkenaan. Kemeja belang-belang pun boleh sama, kuat betul jodohnya. NETIZEN Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasa geli hati dengan insiden tersebut. Ada yang menyatakan dia tak ubah seperti trendsetter untuk pilihan langsir berikutan dua kali insiden warna sama. “Lepas ni buat tujuh color terus bang... kalau sama maksudnya abang trendsetter untuk langsir. “Yang kemeja tu rare betul... sama pula color. Antara reaksi warga maya selepas menonton video Syahrich. “Kemeja belang-belang pun boleh sama, kuat betul jodohnya,” ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang mencadangkannya supaya memilih tema hitam atau biru yang jarang digunakan untuk langsir bagi sambutan Aidilfitri tahun hadapan. “Pakai warna hitam bang.. sebab jarang orang pakai langsir warna hitam. “Cuba pakai warna hitam, warna biru pula tahun depan. “Bang royal blue jarang-jarang buat langsir bang, boleh try warna royal blue,” cadang beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube