TREND pemberian duit raya secara rawak menerusi transaksi dalam talian semakin menjadi ikutan ramai. Hanya perlu imbas kod QR yang dikongsikan di media sosial, sejumlah wang akan dikreditkan ke akaun anda. Namun baru-baru ini seorang wanita berdepan pengalaman unik dan menarik apabila secara tiba-tiba diberikan sejumlah duit raya oleh lelaki tidak dikenali. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Situasi itu berlaku ketika dia berada di restoran Kayu Nasi Kandar di kampungnya yang terletak di Pulau Pinang. Menurut Nurin Yasmin, 25, dia pada mulanya menyangkakan bahawa lelaki tersebut sedang melakukan trend pemberian duit raya untuk dijadikan kandungan media sosial. "Pada mulanya saya sedar lelaki itu tengah berbincang dengan kawan-kawan dia di dalam kedai. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat tukar duit raya ‘no hal’, syiling terkumpul dalam kotak kasut jadi penyelamat... walau isi bukan mewah, yang penting seronok ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa anak dapat duit raya RM3 je, netizen ‘sekolahkan’ bapa tak reti bersyukur... Zaman ‘post pandemic’ orang bagi tu dah kira bagus "Kemudian saya nampak dia tunjuk sekeping duit RM50 dari jauh... dia minta saya dan sepupu-sepupu lain ambil duit tu. "Masa tu agak takut juga, jadi kami tak ambil... terus masuk kereta untuk gerak balik rumah," katanya yang mesra disapa Min. Namun situasi selepas itu mengejutkan Min dan sepupunya yang sudah berada di dalam kereta. Min (tengah) dan sepupu-sepupunya. "Waktu kami dalam kereta, dia masih panggil-panggil suruh ambil duit tapi kami tak keluar. Kemudian lelaki itu buat isyarat tanya berapa orang ada dalam kereta. "Saya beritahu kami berlima. Tak sangka dia datang ke kereta dan hulur RM250 untuk diagihkan sama rata," demikian imbas Min. Saya terharu juga sebab dah dua tahun saya yang bagi duit raya dekat sepupu. NURIN YASMIN Tambah Min padanya mula dia was-was untuk menerima wang tersebut. "Mula-mula tu agak was-was nak terima tapi apabila dia datang bagi sendiri tu okeylah terima saja... anggap saja rezeki daripada langit! Perempuan mmg suka duit. "Saya terharu juga sebab dah dua tahun saya yang bagi duit raya dekat sepupu. Makan nasi kandar pun saya belanja. Rupanya Allah hadirkan rezeki tu semula melalui cara ni," ujarnya lagi. Min terkejut menerima wang sejumlah RM50 daripada lelaki tidak dikenalinya itu. Video tersebut meraih hampir 200,000 jumlah tontonan di TikTok. Rata-rata netizen juga pada mulanya menyangka bahawa lelaki tersebut merupakan pempengaruh yang cuba membuat content bersama Min dan sepupunya namun ternyata salah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube