suria

Dapat RM100 habuan bunuh kucing! Peniaga baju Melayu terkejut pembeli main-main tulis ‘rujukan penerima’, risau akaun kena sekat

Tangkap layar transaksi atas talian yang dilakukan pembeli.

PASTI ramai yang tidak sedar ruangan 'rujukan penerima' atau recipient's reference bagi setiap transaksi perbankan atas talian adalah perkara mustahak yang tidak seharusnya dibuat main.

Selain meletakkan titik atau huruf yang sama, ramai yang menulis nama penerima kerana kadang-kala rasa malas untuk fikirkan 'alasan' bagi menggantikan tujuan transaksi dilakukan.

Seorang peniaga baju berkongsi pengalamannya berdepan 'gurauan kasar' pembeli apabila menulis 'upah bunuh kucing' pada ruangan recipient's reference menerusi transaksi yang dibuat pada 25 April lalu.

Tangkap layar transaksi yang dilakukan pembeli.

Tangkap layar transaksi yang dilakukan pembeli.

Bersama tangkap layar bukti transaksi yang dikongsikan di TikTok, dia mempersoalkan kenapa individu tersebut yang merupakan pembeli baju Melayu menulis perkara sedemikian.

Walhal yang dijualnya adalah baju Melayu dan bukan servis bunuh kucing seperti yang dinyatakan pada ruangan rujukan transaksi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta belum dapat tapi ‘loan’ dah kena bayar, ramai pelik cara pembantu jualan buat kerja... Pemilik diminta lapor bank!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda marah bank reject loan! Baru kerja sebulan, gaji RM900 berangan pinjam 90K - “Kalau ada duit, tak adalah kita apply”

"Dah kenapa tulis macam tu. Aku jual baju Melayu bukan bunuh kucing... kan dah susah nak buat loan (pinjaman perbankan)," tulis individu tersebut pada perkongsiannya.

Meskipun rujukan yang ditulis itu sekadar gurauan namun hakikatnya ia akan mengundang pelbagai masalah lain kepada pemilik akaun.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti pelayar turut mengakui mereka juga sering membuat gurauan seperti itu ketika melakukan transaksi.

Bank boleh mengenakan sekatan ke atas mana-mana pelanggan atau akaun bank yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun atau aktiviti jenayah.

KEMENTERIAN KEWANGAN

"Laki (suami) aku setiap kali transfer nafkah dia tulis 'taiko besar, mafia... risau aku polis ketuk pintu ingat aku gangster.

"Saya faham situasi abang sekarang... saya pun pernah kena tapi dengan suami, dia tulis upah malam Jumaat.

"Adik-beradik aku pun jenis macam ni. 'Kesian, derma, bantuan, derma kilat'... yang laki (suami) aku pula tak habis-habis tulis 'okay' ataupun 'sayang'.

Antara reaksi dan komentar yang ditinggalkan warganet pada ruangan komen.

Antara reaksi dan komentar yang ditinggalkan warganet pada ruangan komen.

"Aku pernah kena, kawan tulis 'scammer' padahal bayar hutang" ujar beberapa warga maya.

Ada juga yang mengakui tidak mengetahui bahawa ruangan recipient's reference itu adalah mustahak dan memberi impak besar kepada penerima.

"Reference tu penting. Daripada situ boleh sebabkan loan tak lepas, lebih baik buat sistematik.

"Perkara ni nampak remeh tapi percayalah boleh beri impak besar.

"Sebab tu apabila transfer duit jangan tulis duit kuih atau raya mahupun hutang... memang auto reject loan," tambah beberapa netizen lagi.

Sebagai makluman, menurut portal rasmi Kementerian Kewangan, pihak bank boleh mengenakan sekatan ke atas mana-mana pelanggan atau akaun bank yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun atau aktiviti jenayah.

Sekiranya transaksi sesebuah akaun menimbulkan kecurigaan, pihak bank boleh mengenakan sekatan sementara bagi membolehkan penilaian secara menyeluruh dilaksanakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain