JUADAH Hari Raya yang dihidangkan bukan biasa-biasa. Sebagaimana dikongsikan Nurul Aqmar Mohd Ismail, 30, suaminya menyediakan sebuah hidangan Barat dari Perancis, ratatouille sebagai sajian Aidilfitri mereka. Menurut Aqmar, ia berikutan permintaan ibunya supaya semua menantu termasuk suaminya, Muhifuddin Mansur, 32, untuk menyediakan makanan pada 1 Syawal. "Sehari sebelum Hari Raya pertama tu suami pergi cari bahan nak buat ratatouille seperti yang dirancangkan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebelum tu mak dah tanya semua menantu menu apa nak buat. Semua kena buat satu hidangan untuk Hari Raya. "Ada yang buat rendang daging, bawa lemang pun ada. Sekali yang 'seorang ni' (suami) sibuk nak tampil menyerlah. Itu yang dia buat ratatouille," ujarnya ketika dihubungi mStar. Menurut Aqmar yang berasal dari Ipoh, Perak, ini bukan pertama kali suaminya menyediakan hidangan dari Perancis itu. Malah katanya, suaminya pernah mendapat pujian daripada ibu bapanya kerana hidangan tersebut sedap dimakan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami main masak-masak di dapur! Isteri nak menangis suap nasi goreng buah delima, epal - “Jadi soggy, saya bagi 3 markah” ARTIKEL BERKAITAN: Dua minggu isteri masuk wad, suami datang bawa makanan sedap-sedap... Rupanya ada agenda! “Dia nak balun nasi hospital” Walaupun bahan-bahan yang digunakan sukar untuk didapati, suaminya tetap berusaha mencari sehingga lengkap untuk dibuat sempena Aidilfitri. "Masa bulan puasa baru-baru ni dia pernah buat untuk juadah berbuka. Mama dan abah puji makanan tu sedap, licin mereka habiskan. Itu yang dia nak buat lagi bagi semua satu famili rasa ratatouille yang dia buat. "Tapi agak susah nak cari bahan-bahan tu. Zucchini kuning tu susah juga nak cari. Bukan semua pasar raya ada. Jauh juga dia pergi cari zucchini kuning tu. Tapi sebab nak menyerlah sangat, dia sanggup memandu jauh cari sampai dapat!” ujar Aqmar yang menetap di Semenyih, Selangor. Aqmar yang merupakan usahawan produk kosmetik dan penjagaan kulit berkata, hidangan yang dibuat suaminya sekali lagi 'licin' dihabiskan semua ahli keluarga. Aqmar merupakan usahawan produk kecantikan dan kosmetik. Mendirikan rumah tangga pada Oktober 2019, kata Aqmar, suaminya yang berdarah campuran ini sememangnya gemar memasak masak menu-menu pelik. "Hari Raya tu semua tetamu terkejut ada ratatouille. Memang ramai tak pernah makan. Tahu nama ratatouille pun daripada filem je. Jadi semua teruja nak cuba, habis licin sampai tak sempat nak ambil gambar pun hidangan tu. "Suami berdarah campuran, ayahnya orang Aceh (Indonesia) dan arwah ibu dari Pattani (Thailand). Dulu arwah ibunya ada kedai makan Tomyam di Kampung Baru. Mungkin sebab itu suami rajin bereksperimen menu-menu pelik. "Macam-macam dia masak. Beef wellington, grilled brussel sprouts, Okonomiyaki dan segala yang viral tu dia cuba masak. Nanti dia rancang nak cuba buat piza sourdough daging wagyu macam Jofliam pula. Tak tahulah boleh jadi ke tak," ujarnya lagi. Ramai nak tahu rasa macam mana sampai suruh kami buka order sebab dari kecil mereka teringin nak rasa selepas tengok filem Ratatouille. NUR AQMAR Video yang dimuat naik Aqmar menunjukkan suaminya sedang menyediakan hidangan ratatouille meraih lebih 3 juta tontonan. Rata-rata netizen teruja menyaksikan video tersebut sehingga ada yang meminta pasangan ini membuka tempahan untuk mendapatkan hidangan tersebut. "Masa post dekat TikTok, ramai nak tengok hasil tapi betul-betul kami tak sempat nak ambil gambar. Keluar je dari ketuhar terus semua serbu makan. Yang tua pun makan banyak sebab 'guilt-free' raya punya hidangan katanya. "Ramai yang komen nak tahu rasa macam mana sampai suruh kami buka order sebab dari kecil mereka teringin nak rasa selepas tengok filem Ratatouille tu. Ada yang terkejut rupanya sayur terung digunakan bukan pepperoni atau hirisan daging dan keju," kata Aqmar. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Oktober 2019. Untuk rekod, Ratatouille merupakan filem animasi komedia terbitan 2007, yang mengisahkan watak seekor tikus bernama Rémy (Patton Oswalt) mempunyai impian menjadi tukang masak Perancis yang luar biasa. Filem yang dihasilkan oleh Pixar dan diedar oleh Walt Disney Pictures berjaya mendapat tempat di hati penonton tanpa mengira peringkat umur. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube