suria

Beraya di rumah orang, anak merungut panas macam gurun... bapa tak fikir panjang terus ‘ajar’, netizen pesan jangan malukan di khayalak

Kanak-kanak teruja datang berhari raya. -gambar hiasan

SETIAP kali tibanya Syawal, kanak-kanak merupakan golongan yang paling teruja untuk meraikannya.

Momen yang paling ditunggu-tunggu tentunya pergi beraya ke rumah sanak saudara, terutama masing-masing tinggal berjauhan.

Walaupun dalam kalangan keluarga, ibu bapa perlu memastikan anak-anak supaya menjaga adab dan tutur kata ketika menziarah di Hari Raya.

Ciapan asal yang dibuat oleh seorang pelayar Twitter.

Ciapan asal yang dibuat oleh seorang pelayar Twitter.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, dia mengakui terpaksa 'mengajar' kerana lantang membuat rungutan yang memalukan tuan rumah.

"Semalam singgah beraya rumah makcik, rumah dia tidak ada penyaman udara.

ARTIKEL BERKAITAN: Balik beraya rumah mak ayah, jangan buat-buat lupa 13 perkara penting ini... mudahkanlah urusan semua orang

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda acah nak pinjam RM1, nenek penjual tisu cepat-cepat buka tabung nak tolong... Eh, tak sangka dapat pula duit raya RM500!

"Si kecil tiba-tiba cakap depan tuan rumah 'this house is so hot like a desert' (rumah ni panas sangat macam gurun).

"Di situ juga serta-merta kena jentik bibir dia, itu biadab namanya. Lepas kena jentik, kena sound terus suruh dia minta maaf.

Tak salah pun nak punish physically supaya dia ingat sampai bila-bila.

WARGA MAYA

"Biar anak menangis, asalkan jangan anak kita tiada adab," luahnya.

Kanak-kanak sering meluahkan perasaan secara terbuka. - Gambar hiasan

Kanak-kanak bergembira menyambut hari raya. - Gambar hiasan

Ciapan yang dibuatnya itu kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya selepas dikongsikan semula oleh seorang pelayar Twitter dengan kapsyen yang mempersoalkan tindakannya itu.

Rata-rata netizen bersetuju dengan cara lelaki terbabit menghukum anaknya yang bersikap biadab yang boleh menyinggung perasaan tuan rumah.

"Betul. Kena jaga adab. Dari kecil kena pupuk dan semai sikap.

"Memang patut pun... mak ayah sekarang, anak kurang ajar atau meloncat-loncat di rumah orang pun tak larang. Setakat cakap 'dont dont' (jangan jangan).

Antara reaksi warganet berhubung ciapan tersebut

Antara reaksi warganet berhubung ciapan tersebut.

"Setuju. Tak salah pun nak punish physically (hukum secara fizikal) supaya dia ingat sampai bila-bila. Lagipun perkara yang dia cakap mungkin dia belajar melalui media sosial atau internet," ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun, segelintir warga maya tidak bersetuju dengan tindakan tegas terbabit yang dianggap kasar serta memalukan anak-anak.

"Apa yang berkesan untuk saya ialah bercakap dengan anak seperti dia sudah dewasa, respek dan terangkan kepadanya tentang kesalahan yang dia lakukan. Ia menjadi walaupun dia baru berusia dua tahun. Tiada perlu penderaan fizikal atau memalukan di khayalak ramai.

"Banyak cara nak ajar anak-anak, kalau rasa ajar secara fizikal silakan. Kalau laki aku buat macam tu, memang gaduh besar sebab aku percaya otak anak-anak kecil ni senang serap perkara yang diajar," komen netizen yang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain