SELAIN kemeriahan berbaju baharu dan tradisi kunjung-mengunjung, sambutan Aidilfitri turut diserikan dengan duit raya. Amalan pemberian duit raya seakan menjadi kemestian, mereka yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan seikhlas hati mahu berkongsi rezeki. Lazimnya, duit raya diletakkan di dalam sampul yang pelbagai corak serta saiz, namun kali ini, ia diberikan dengan cara berbeza. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi perkongsian video Qirah Bashah, kakaknya menjadikan syiling terkumpul sebagai duit raya. Berdasarkan rakaman berkenaan, kelihatan adik, ibu dan bapanya turut terkejut menyaksikan betapa banyak duit syiling di dalam sebuah kotak kasut. Kelainan itu menyebabkan video tersebut tular di TikTok sehingga turut dikongsi di beberapa platform sosial lain. Duit syiling yang disimpan Dannia di dalam kotak kasut. Bercerita kepada mStar, Nur Elifa Dannia Noor Bashah berkata, idea tersebut tercetus seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. "Tahun ni saya agak sibuk dengan kerja, seminggu nak raya barulah saya terfikir yang duit raya belum ditukar. ARTIKEL BERKAITAN: Duit beli baju raya isteri pun ibu hulur... Lelaki ini buat kejutan pagi raya, tin biskut penuh barang kemas undang sebak dua beranak! ARTIKEL BERKAITAN: Bangga tengok rakyat negara jiran sambut raya pakai baju Melayu siap bertanjak... Netizen kata orang Malaysia suka kurta dan jubah "Isnin minggu terakhir puasa tu saya cuba juga pergi ke bank untuk tukar duit, tapi dah tak boleh. "Jadi saya ambil keputusan untuk bagi syiling memandangkan banyak duit terkumpul hasil lebihan belanja setiap hari," katanya ketika dihubungi. Bagi memeriahkan lagi suasana, setiap penerima perlu membuat pusingan dalam aplikasi permainan yang telah disediakan. Segenggam duit syiling yang berjaya diambil. Tambahnya lagi, pemberian duit raya adalah berdasarkan hasil pusingan yang dibuat. Mengakui rancangannya mengejutkan seluruh ahli keluarga, Dannia berkata, hanya kakaknya sahaja yang mengetahui duit raya daripadanya berupa syiling. "Saya terpaksa beritahu kakak kerana perlu bantuan untuk mengasingkan duit syiling. Dalam kotak tu ada pelbagai jenis termasuk 5 sen. Seronok macam ni... isi tak penting yang penting keseronokkannya. WARGA MAYA "Lepas tu saya minta kakak untuk sediakan bungkusan plastik bagi mengisi syiling," ujarnya yang bertugas sebagai eksekutif pemasaran perhubungan pelanggan. Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia pada awalnya ingin melakukan perkara sama kepada ibu bapa dan nenek, namun merasakan ia tidak sesuai kerana faktor usia. Permainan duit raya yang disediakan Dannia. Jelasnya, jumlah genggaman duit raya untuk anak buah pula ditambah memandangkan saiz tangan mereka yang kecil. Video 'duit raya' Dannia mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya terhibur melihat suasana tersebut. "Inilah game duit raya yang paling kelakar buat masa ni. "Seronoklah! Its not about the money at all... its about being together this hari raya actually. "Kak paling rare! "Seronok macam ni... isi tak penting, yang penting keseronokkannya. Serius memang kreatif," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube