suria

Anak meraung peluk bapa dalam kereta, rupanya dah 30 minit tak bernyawa... gurauan nak ‘beraya’ dengan arwah isteri jadi kenyataan

Walaupun sedih, Dila reda dengan pemergian bapanya menjelang 1 Syawal.

HAJAT seorang bapa mahu 'beraya' bersama arwah isteri bagaikan 'termakbul'.

Berkongsi cerita, si anak, Siti Ardila, 30, berkata, hasrat itu diluahkan bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Ramadan ke-27 yang lalu.

Mengakui pemergian ibunya lebih setahun lalu memberi kesan kepada dirinya, dia yang lebih mesra disapa Dila kini terpaksa menanggung kesedihan pada Syawal kali ini yang disambut tanpa bapanya.

"Halus saja permintaan abah baru-baru ni. Dia cakap untuk Ramadan tahun ni dia nak 'beraya' dengan mak yang meninggal dunia 21 Februari 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sempat bermanja minta dukung sebelum meninggal di Madinah! Bapa kongsi kejadian merpati ‘lawat’ ketika baca Yasin

ARTIKEL BERKAITAN: "Abah suka tanya soalan yang saya tiada jawapan" - Bapa lama 'berkabung' kematian ibu, anak cuma mampu lihat... tak mampu rawat luka

"Malam sebelum abah meninggal, dia call nak ajak berbuka puasa bersama. Saya pesan dekat dia nak bagi baju raya. Memang setiap tahun saya belikan baju raya untuk mak dan abah sebab seronok tengok mereka gembira dapat baju baharu.

"Tapi kali ni abah bergurau, dia kata bagi baju raya dekat adik. Dia nak pakai baju raya yang mak bagi, sepasang baju Melayu teluk belanga warna putih. Tapi abah tak pakai pun sehingga hari mak meninggal dunia," katanya kepada mStar.

Mengenai video momen-momen terakhir bersama bapanya, Allahyarham Sarban Simis, 63, wanita ini tidak menyangka bapanya meninggal dunia secepat itu.

Menurut Dila, bapanya sudah tidak sedarkan diri kira-kia pukul 5 petang pada hari berkenaan.

Jenazah bapanya dikebumikan bersebelahan pusara ibu.

Dia yang menetap di Sri Medan Batu Pahat, Johor sememangnya tidak menyangka bapanya sudah tidak lagi bernyawa dalam pelukannya sepanjang perjalanan.

"Abah ada masalah sakit jantung dan buah pinggang. Selepas raya baru nak buat dialisis. Abah pernah bagi hint (petanda), katanya selepas ni dia nak sihat, tak nak makan ubat dah, rupanya deritanya berakhir.

"Hari abah meninggal tu saya memang nak balik selepas Asar sebab janji nak berbuka sama. Tapi tiba-tiba adik call beritahu abah dah tak sedarkan diri jadi saya pun bergegas balik ke rumah nak bawa dia pergi klinik berdekatan.

"Dalam perjalanan dapat rasa badan abah panas. Saya menangis peluk abah dan berharap sangat dia sedar dan panggil nama saya masa tu tapi tak ada respons daripada abah.

Mak abah dapat jumpa dekat 'sana'. Impian abah nak kubur betul-betul sebelah pusara mak pun dimakbulkan.

SITI ARDILA

"Rupanya bila sampai ke klinik, doktor beritahu abah dah tak ada lebih kurang 30 minit sebelum tu. Kami tiba di klinik agak lambat kerana kesesakan lalu lintas," katanya lagi.

Walaupun masih bersedih, Dila yang berniaga sendiri reda dengan pemergian bapanya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Katanyaa yang merupakan seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, dia menganggapkan kisah cinta ibu dan bapanya sebagai cinta sejati sampai ke akhir hayat mereka.

"Tipulah kalau tak sedih sebab dah tak boleh beraya dengan mak dan abah. Tapi saya bersyukur sebab mak abah dapat jumpa dekat 'sana'. Impian abah nak kubur betul-betul sebelah pusara mak pun dimakbulkan.

Dila reda menyambut Hari Raya tanpa ibu bapa.

"Bagi saya, abah dan mak memang pasangan sejati. Lahir pun tahun (1960) sama. Semasa hayat mereka, mak akan temankan abah solat tahjud dan witir pagi bersama. Orang lama bercinta ni memang legend.

"Satu perkara saya belajar daripada kisah 'hero' saya ni... kematian tu tak akan menunggu kita walau sesaat pun. Kematian itu adalah ketentuan Tuhan dan bukannya permintaan.

"Peluang untuk menghargai ibu bapa hanya datang sekali. Bagi mereka yang masih ada mak dan ayah, hargailah mereka," ujar Dila.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain