AIDILFITRI adalah momen penuh kemeriahan untuk disambut bersama orang tersayang. Namun, tidak semuanya bernasib baik dapat berkongsi kegembiraan itu. Satu kisah menyayat hati dikongsi oleh sebuah agensi 'pembersihan trauma' yang juga dikenali sebagai pembersihan forensik, melibatkan tugas-tugas antaranya untuk menghilangkan sisa yang dihasilkan oleh badan yang reput selepas berlakunya kematian. Proses pembersihan di bilik sewa warga emas terbabit. foto DDQ Services Agensi berkenaan, DDQ Services bertanggungjawab untuk membersihkan lokasi kejadian membabitkan seorang warga emas yang tinggal bersendirian ditemukan meninggal dunia. Menerusi satu hantaran di Instagram, agensi tersebut memaklumkan kejadian berlaku dua hari menjelangnya 1 Syawal, dan mereka ditugaskan untuk menyelia pembersihan sebuah bilik sewa yang dihuni seorang warga emas berbangsa Melayu. "Saya ditugaskan untuk membersihkan sebuah bilik sewa yang kecil di atas rumah kedai berikutan penemuan mayat seorang lelaki Melayu lanjut usia yang meninggal dunia bersendirian. ARTIKEL BERKAITAN: “Lin... mayat Lin, mayat!” - Pencari daun palas terkejut dengar jeritan ibu, buka cerita insiden temukan tubuh kaku dalam semak ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda meremang bulu roma, seram sejuk pangku mayat mangsa kemalangan... Rupanya ada hikmah guna jalan lama balik rumah "Mayatnya hanya dapat dikesan apabila pemilik kedai di bawah selepas terhidu bau busuk dan air yang bercampur dengan cecair dari mayat meresap ke siling premisnya," tulisnya menerusi satu hantaran, mengenai kejadian yang berlaku di Singapura. Berkongsi pengalaman ketika memasuki bilik di kediaman warga emas itu, wakil agensi itu terkejut dengan keadaan yang sangat mengerikan tapi pada masa sama menyayat hati. "Bilik itu dipenuhi dengan takungan air sehingga ke paras buku lali kerana saluran perparitan sudah tersumbat. Air yang bertakung merupakan campuran air kumbahan, cecair dari mayat dan cebisan yang mereput. Arwah tidak mempunyai keluarga atau saudara-mara tetapi dia tetap menanti ketibaan Aidilfitri. WAKIL DDQ SERVICES "Dapat diperhatikan pada air yang keruh ada ulat-ulat sampah berenang. Sangat meruntun jiwa apabila melihatnya. "Sangat menyedihkan, saya tidak dapat menahan perasaan mengenangkan keadaan tragis yang berlaku di bilik yang kecil itu," katanya. Di sebalik tragedi itu juga, mata tertumpu pada sepasang baju Melayu yang kemas tergantung di sudut bilik. "Saya melihat ada baju Melayu, samping dan sepasang kasut yang sudah tersedia bagi menyambut hari lebaran. "Satu hasrat yang cukup indah, berbeza dengan keadaan bilik yang boleh membuatkan sesiapa sahaja melihatnya meremang bulu roma dan kembang tekak. Sebahagian komen warga maya. "Terlintas di fikiran mengenai pakcik ini begitu bersemangat untuk menyambut Hari Raya," ujarnya. Sewaktu memulakan proses pembersihan, mereka didatangi pemilik kedai di bawah yang berkongsi perbualannya bersama dengan arwah yang tinggal sebatang kara beberapa hari sebelum mayatnya ditemukan. "Pemilik kedai memaklumkan bahawa arwah tidak mempunyai keluarga atau saudara-mara tetapi dia tetap menantikan ketibaan Aidilfitri, teruja untuk meraikannya walaupun tiada siapa-siapa. "Arwah turut berkongsi hasratnya untuk memiliki sebuah rumah sendiri, satu impian yang hampir menjadi realiti," katanya lagi. Menurutnya lagi, kisah pakcik berkenaan mengingatkannya betapa penting untuk menghargai mereka di sekeliling, mengeratkan hubungan persaudaraan dan saling bantu-membantu insan yang memerlukan. "Ia mengajar saya untuk berpegang pada harapan walaupun dalam waktu paling sukar. Hidup di dunia ini hanyalah sementara dan kita tak tahu bila pengakhiran kita," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube