suria

Pemuda cuci pinggan siap kemas dapur 3 pagi, kakak ipar terkesima jadi ‘ejen cari jodoh’... netizen akui susah nak cari macam tu sekarang

Ciapan asal pelayar Twitter tentang adik iparnya.

SETIAP kali tibanya Syawal, golongan bujang terutama mereka yang berusia 30 tahun ke atas pasti tidak senang duduk.

Manakan tidak, mereka pasti menjadi sasaran dengan soalan-soalan cepumas tentang jodoh dan perkahwinan.

Namun berbeza pula kali ini apabila seorang pemuda 'diiklankan' di media sosial oleh kakak ipar sendiri.

Gambar candid yang diambil Alia semasa adik iparnya sedang mencuci pinggan.

Gambar candid yang diambil Alia semasa adik iparnya sedang mencuci pinggan.

Menerusi ciapan ringkas beserta sekeping gambar, seorang wanita memuji adik iparnya yang sedang mencuci pinggan mangkuk di singki.

"Bagus adik ipar aku. Balik lepak 3 pagi pun tolong mama basuh pinggan, kemas apa yang patut kat dapur... ya tengah single," menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Bukan sekadar itu, Alia turut mendedahkan beberapa ciri fizikal dan personaliti adik iparnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aidiladha 2020 'aunty' doa cepat kahwin, raya tahun ni dah ada suami.... patutlah wanita ini lambat sikit nikah, jodoh duduk jauh di UK!

ARTIKEL BERKAITAN: Satu tweet cari jodoh pada 2022, pemuda terus raya berdua tahun ini! 'Lulus mudah' sebab tepati 3 ciri ditetapkan isteri

Malah dia mendakwa sudah mendapat 'lampu hijau' untuk mempromosikan individu tersebut.

"Tinggi 168 sentimeter. Rajin... aku tanya boleh tak promosi dia? Dia kata 'okay saja, tapi apa-apa pun fikir duit dulu'. Siapa minat bolehlah DM (mesej secara langsung).

Susah nak cari ciri-ciri macam tu sekarang.

NETIZEN

"Umurnya 29 tahun, ada kucing besar warna hitam. Dia tak merokok, suka gim dan kerja saja. Setia aku pasti, semasa hubungan yang terakhir, dia dipermainkan oleh seorang wanita sehingga menjadi anxiety sampai kurus.

Netizen juga mengakui ramai lelaki masa kini yang ringan tulang.

Netizen juga mengakui ramai lelaki masa kini yang ringan tulang.

"Tak ada (akaun) media sosial, tak minat bola, unproblematic (tidak bermasalah). Dia lelaki baik, dari petang semalam tolong mama kemas rumah sebab esok ada rumah terbuka," ujar wanita itu lagi.

Menurut Alia, dia mengenali adik iparnya selama lapan tahun dan tiada masalah sepanjang tempoh itu.

Perkongsiannya menerusi akaun Twitter Alia Hisham menjadi tular sehingga diulang kicau lebih 3,500 kali.

Susulan 'iklan' tersebut, netizen memberi pelbagai reaksi, termasuk mahu menjodohkan dengan saudara-mara dan rakan-rakan.

"Good quality... siapa mahu boleh DM terus. Susah nak cari ciri-ciri macam tu sekarang.

Antara ciapan dan reaksi balas warga maya.

Antara ciapan dan reaksi balas warga maya.

"Saya nak promote adik saya.

"29, saya nak carikan jodoh untuk my sis... umur dia 28 tahun. Bolehlah tu kan.

"Kawan saya single, cantik dan baru beli Myvi. Kalau nak saya boleh adjust, orangnya pemalu, sopan santun dan berbudi bahasa," demikian antara komen netizen.

Pada masa sama, tidak terkecuali komen netizen yang menyifatkan mencuci pinggan bukanlah ciri baharu kerana semakin ramai lelaki rajin melakukan kerja-kerja rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain