suria

Nasib dapat suami sekeluarga pemalas... ibu mentua suruh masak juadah, adik-beradik ipar perempuan selamba tidur pagi raya

Kaum Hawa biasanya menjadi insan paling sibuk di dapur setiap kali raya. (Gambar Hiasan)

SETIAP wanita pasti mengimpikan suami yang terbaik sehingga ke akhir hayat.

Namun, nasib malang menimpa seorang wanita yang mendakwa suaminya hanya membiarkan dirinya melakukan kerja-kerja rumah bersendirian.

Suaminya bukanlah sibuk dengan urusan kerja, sebaliknya mempunyai sikap pemalas dan kaki tidur!

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya, dia mendakwa kepayahan yang dialami semakin dirasai pada Ramadan lalu apabila suaminya banyak menghabiskan masa dengan 'membuta' di rumah.

"Saya isteri dan ibu bekerjaya. Sepanjang Ramadan rutin memang sibuk. Siapkan sahur, siapkan anak nak ke sekolah, hantar anak, pergi bekerja.

"Petang balik kerja jemput anak, sampai rumah memasak juadah berbuka, malamnya mengemas rumah, cuci pakaian dan selesaikan segala tugas-tugas lain.

file7kgim7l3stf119w2v8ay

Di sebalik kegembiraan raya, pasti ada insan yang meraikannya dalam keadaan berduka. (Gambar Hiasan)

"Suami? Bangun tidur sahur, pergi kerja. Balik kerja tidur sampai waktu berbuka, lepas berbuka terus tidur atau tarawih. Tarawih pergi tapi solat lima waktu tak buat, puasa pun tak tapi waktu sahur dan berbuka teringin itu ini," katanya.

Wanita itu memberitahu dirinya terpaksa menanggung beban sendiri dengan memandu untuk membawa suami dan anak-anak pulang beraya di kampung keluarga mentua.

Lebih malang, dia mendakwa keluarga suaminya juga mempunyai perangai yang sama, malah tergamak makan secara terbuka pada siang hari dalam bulan Ramadan.

"Suami tak pandai memandu, raya baharu ni giliran rumah mentua. Macam biasa balik kerja siapkan juadah berbuka, siapkan beg. Suami macam biasa tidur je. Lepas sahur terus gerak balik kampung, dalam kereta suami tidur je.

Pernah mengadu dekat pejabat agama, boleh pula ustaz tu cakap saya kurang tolak ansur.

ISTERI

"Bila anak bising suami marah cakap letih padahal dia apa kerja tak buat, puasa pun tak. Sampai kampung mak mentua cakap mereka sekeluarga tak puasa, mak bapa mentua adik-adik ipar semua.

"Dah la dekat waktu berbuka tak ada apa nak makan. Saya cepat-cepat masak apa je ada, waktu berbuka mereka sibuk-sibuk macam puasa. Saya minum air sikit je terus pergi solat dulu. Datang nak makan, makanan tinggal sikit je.

"Penat! Saya tak cukup rehat, drive dengan hadap kesesakan berjam-jam, puasa lagi, mereka semua dah tak puasa! Lepas kenyang mereka sekeluarga semua kat luar main mercun," ceritanya.

Situasi itu turut berlarutan sehingga malam raya apabila dirinya terpaksa bersengkang mata untuk mengemas rumah dan menyediakan juadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kemas, wangi... suami tertipu, dah kahwin baru tahu isteri cantik pengotor teruk - “Pad berdarah dia, aku ajar cuci bersih”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak order makanan Grab, dia suruh jimat” - Dapat suami pemalas, wanita luah rasa penat... semua kerja rumah kena buat sendiri

"Saya? Kemas dapur, suami apa pun tak tolong, adik-adik dia lagi lah semua alasan anak meragam, nak tengok anak padahal anak tu okay je pun. Pagi raya pun lepas subuh mak mentua suruh saya masakkan rendang, rebus ketupat. Anak-anak perempuan dia semua tidur.

"Bangun dah tengah hari masing-masing terus ke dapur makan je. Begitulah sampai la tadi saya baru sampai rumah lepas berjam-jam hadap trafik lagi. Sampai rumah sambung kerja rumah, basuh baju-baju semua. Suami? Tidur lah dia. Sepanjang jalan tadi pun tidur je," luah wanita itu.

Dalam perkongsian sama, wanita itu mendedahkan pernah membuat aduan tentang suaminya di pejabat agama, namun menerima jawapan yang mengecewakan.

WhatsApp Image 2023-04-27 at 7.07.00 AM (1)

Ada wanita terpaksa berdikari kerana suami mereka yang bersikap pemalas dan lepas tangan. (Gambar Hiasan)

"Ada ke perempuan lain nasib sama saya? Apa nak buat ya? Saya memang tak ada hati dah nak hidup dengan dia, bertahan sebab anak-anak je. Nak suruh dia balik je kat keluarga dia, mak bapa anak semua sama je, stres saya!

"Puasa tak, solat tak, hal rumah tangga pun tak pernah nak tolong, dengan keluarga dia macam tu. Pernah mengadu dekat pejabat agama, boleh pula ustaz tu cakap saya kurang tolak ansur. Rasa nak gila kadang tu," ujarnya lagi.

Luahan hati wanita itu dikongsi menerusi laman Twitter personaliti televisyen, Fedtri Yahya pada Rabu sehingga diulang kicau lebih 2,500 kali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain