suria

Pemuda acah nak pinjam RM1, nenek penjual tisu cepat-cepat buka tabung nak tolong... Eh, tak sangka dapat pula duit raya RM500!

Warga emas itu terharu apabila dia menerima duit raya sebanyak RM500.

HARI Raya Aidilfitri bagaikan tiada seri tanpa kehadiran insan-insan yang kita sayangi.

Begitulah situasi yang dilalui seorang wanita warga emas apabila dia hidup sebatang kara dengan bekerja sebagai penjual tisu di ibu negara.

Kisah sayu peniaga tepi jalan itu meraih perhatian ramai selepas dia disantuni seorang pemuda dikenali sebagai Ariff Hanafiah, baru-baru ini.

Dalam pertemuan penuh emosi itu, peniaga berkenaan memaklumkan dia kini menetap di Kampung Baru, di sebuah rumah yang diberikan oleh seorang ustaz.

ariff2

Nenek itu berkata dia mahu mencari duit lebih untuk membeli makanan kucing.

"Kampung kat Melaka. Rumah dah tak ada, tinggal rumah kosong je. Nenek duduk Kampung Baru. Kampung Baru tu pun ustaz yang bagi duduk sana.

"Nenek tak hari-hari (meniaga) tak boleh, kaki sakit. Naik bas kan. Kalau nenek tak sihat, tak datang. Nenek nak cari duit lebih sikit, nak beli makanan kucing," ujar peniaga itu yang mengakui dia tinggal bersendirian dan tidak dijaga oleh sesiapa.

Ariff kemudiannya berpura-pura mahu membeli tisu dan turut bertanya sekiranya dia boleh meminjam wang RM1 daripada peniaga itu.

Biarpun hidup serba kekurangan, peniaga itu langsung tidak berlengah untuk memberikan wang RM1 kepada Ariff yang sedang duduk bersebelahannya.

Nenek nak cari duit lebih sikit, nak beli makanan kucing.

PENJUAL TISU

"Apabila orang dalam kesusahan, nenek tolong juga. Duit, rezeki, Allah yang turunkan pada hamba yang baik," ujar peniaga itu dalam nada sebak.

Selepas itu, Ariff terus mengeluarkan sekeping sampul duit raya yang berisi RM500 sebagai hadiah kepada peniaga berkenaan.

"Sebab kita dah nak raya. Saya ada duit raya sikit untuk nenek. Ni ikhlas. Cuba nenek kira berapa kat dalam tu," ujar pemuda itu.

Dia pada mulanya tidak mahu menerima pemberian berkenaan kerana nilainya yang banyak, namun Ariff tetap berkeras untuk bersedekah kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cadar hanya guni beras! Nenek daif tak jemu tunggu bantuan walau ‘setiap kali pergi bank duit tak masuk-masuk’

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek jual buah tertidur tunggu pelanggan, netizen sebak mahu bantu

"Banyak ni, nenek tak nak. Ya Allah, RM500. Alhamdulillah, ini dah lebih besar. Ya Allah, berikan kamu rahmat, dipanjangkan umur, dapat isteri dan anak soleh, keluarga bahagia sampai akhir hayat.

"Terima kasih. Moga Allah dapat balas kebaikan kamu. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin" ujar wanita itu kepada Ariff sambil menangis teresak-esak.

Video yang dikongsi sehari sebelum 1 Syawal lalu itu hingga kini meraih lebih 4.4 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Rata-rata netizen berkata mereka menangis menonton video berkenaan dan berharap agar warga emas itu dipermudahkan segala urusannya.

ariff3

Pertemuan penuh emosi ini meraih lebih dua juta tontonan di aplikasi TikTok.

"Habis tengok, keluar air mata terus. Terima kasih bro tolong orang susah.

"Terima kasih dapat mengalirkan air mata jantan ni.

"Ya Allah tak sanggup tengok nenek macam ni," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain