suria

Menitik air mata berbual dengan bapa saudara, wanita ini sayu rai Aidilfitri... entah kenapa ‘berat mulut’ nak mengaku rindu arwah abah

Ika menangis ketika diajak berbual bersama bapa saudaranya.

TIDAK dapat menahan perasaan sebak, seorang wanita mengalirkan air mata ketika bersemuka dengan bapa saudaranya.

Walaupun dirinya sendiri tidak menemui jawapan punca timbul perasaan itu, namun dia lega apabila dapat berbual dengan lelaki itu pada Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Haziqah, sewaktu berbual dengan bapa saudara yang digelar sebagai Paksu, dia merasakan seolah-olah sedang bercakap dengan arwah bapanya.

Kemungkinan, wajah bapa saudaranya itu mirip dengan arwah bapa yang dirinduinya bertahun-tahun.

"Hati saya tersentuh apabila boleh bercakap dengan Paksu. Rasa macam boleh bercakap dengan abah yang saya rindu selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun tanggung rindu, siap tukar gambar profil FB... Prebet Iman akhirnya bersemadi sebelah kubur ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Hidu dalam-dalam, cium tuala arwah bapa buat lepas rindu... Ramai sebak tonton video anak manja ini - “Dud sayang papa!”

"Sejujurnya, sampai nak balik masih rasa sedih yang tak tahu sebabnya. Saya bersyukur sebab Paksu panggil dan ajak bersembang berdua. Terasa seperti bercakap dengan arwah abah.

"Air mata tiba-tiba mengalir apabila Paksu baru bercakap tak sampai lima minit," ujarnya.

Sebagaimana gambar yang dikongsikan di TikTok, kelihatan wanita yang senang disapa Ika mengusap air matanya menggunakan tisu.

Masing-masing dalam persalinan baju Melayu dan baju kurung, sedang duduk di sofa di dalam rumah yang dipercayai merupakan ruang tamu.

Ika mengalirkan air mata kerana rindu arwah bapa.

Melihat anak saudaranya menangis, Paksu mula bertanya pada dirinya apakah punca kesedihan itu.

"Banyak kali Paksu tanya kenapa menangis? Paksu ada salah cakap ke? Apa yang buat Ika menangis? Semua soalan tu saya tak boleh nak jawab. Berat mulut nak cakap yang saya rindu abah.

"Selama abah pergi saya tak pernah luah rasa rindu dekat sesiapa. Selalunya akan tiba-tiba menangis sebab teringat. Abah sudah lama meninggal dunia dan masa tu saya umur tujuh tahun, tak tahu apa-apa," katanya.

Semua soalan tu saya tak boleh nak jawab. Berat mulut nak cakap yang saya rindu abah.

HAZIQAH

"Sekarang anak abah ni dah besar. Dah tahu erti kehilangan seorang ayah. Dah tahu beratnya tak ada tempat bergantung," kata Ika lagi meluahkan kesedihan menerusi perkongsiannya di TikTok.

Selain itu, Ika juga kehilangan abangnya namun tidak mengulas lanjut mengenai pemergian tersebut.

Walaupun hubungan wanita ini dengan bapa saudaranya agak renggang sejak sekian lama, Ika tetap menitipkan doa buat lelaki itu dan mendoakan kesejahteraannya.

Luahan pilu seorang wanita itu mengundang sebak netizen yang turut bersedih dengan apa yang disuarakannya.

Malah, segelintir netizen turut berkongsi kisah duka mereka mengalami nasib yang sama seperti Ika.

Komen netizen pada video.

"Kalau boleh kuatkan hati cuba bagitahu dia kenapa awak nangis. Nanti dia salah faham ingat dia sakitkan hati awak ke. Tapi mungkin dia pun faham kot dalam hati.

"Muka arwah abah saya dengan Paklong sama sangat, senyum pun sama. Selepas abah meninggal dunia, suka tengok muka Paklong sebab sama dengan abah ketika berborak dengan dia.

"Masa pemergian dia tu kita macam tak ada rasa nak menangis, tapi lama-kelamaan rasa rindu itu datang baru kita menangis yang amat," ujar netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain