suria

Lagi cop parking, nak datang beraya pun susah... lelaki ini selamba lenyek kon, netizen pesan waspada perangai tak puas hati B40

Lelaki ini melanggar kon yang digunakan penduduk flat untuk 'cop' parkir.

BULAT air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Ungkapan ini menggambarkan pentingnya untuk hidup bermasyarakat dengan bertunjangkan persefahaman, tolak ansur dan hormat-menghormati.

Namun bukan semua yang berfikiran begitu kerana ada yang mementingkan diri sendiri.

Perkongsian yang tular di Facebook.

Begitulah nasib yang terpaksa dialami penduduk sebuah pangsapuri apabila kebanyakan lot parkir di kawasan kejiranannya telah 'dicop' oleh mereka yang hendak pulang beraya.

Masalah yang tidak berkesudahan, menyaksikan beberapa petak parkir telah diletakkan kon, kerusi dan tong cat sebagai tanda kononnya adalah hak milik mereka dan tidak boleh digunakan oleh orang lain.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, tidak kurang juga ada sebuah kotak parkir yang sepatutnya menjadi tempat meletakkan kereta tetapi sebaliknya ditinggalkan motosikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni flat ubah suai rumah ikut selera T20, siap ugut jiran tetangga - “Mohon jarakkan kereta untuk elak calar”

ARTIKEL BERKAITAN: Flat ke teres ni? Lain macam selera B40, pasang awning terus dapat 2 parkir - “Beli kondo pun parking kereta jauh”

Hantaran itu dapat menyaksikan luahan individu berkenaan terhadap sikap tidak bertimbang rasa oleh segelintir penduduk di kawasan perumahannya.

"Attitude, nak balik beraya tu balik je la," katanya mengeluh.

Sikap mementingkan diri itu sekali gus menyebabkan kesulitan kepada banyak pihak kerana lot parkir di kawasan flat sememangnya terhad dan tidak adil 'menempahnya' dengan meletakkan pelbagai objek sebagai tanda 'hak milik'.

Jangan main-main dengan otak mereka yang B40 ni, gerak-geri mereka kita tak boleh nak agak.

NETIZEN

Beberapa foto turut dimuat naik, dengan salah satunya menunjukkan sebuah kon telah dilanggar oleh pemilik kenderaan yang mungkin sudah hilang sabar dengan situasi tersebut.

Tanpa mempedulikan kehadiran kon sebagai 'penanda', dia terus meletakkan kenderaannya di situ.

"Benda boleh alih, jangan buat runsing," kata netizen yang mengulas mengenai keadaan itu.

"Tak alih bang, aku lenyek je," kata individu itu.

Bagaimanapun, netizen menasihatkan individu berkenaan supaya berhati-hati kerana kenderaannya mungkin menjadi mangsa khianat dan vandalisme kerana tidak berpuas hati tempat parkir diambilnya.

Sebahagian komen netizen.

"Hati-hati bang, risau dia buat bukan-bukan dekat kereta nanti. Boleh tuduh dia tapi tak ada bukti. Tak pasal-pasal sebab berebut parking, kereta rosak dan kena keluarkan kos untuk baiki.

"Jangan main-main dengan otak mereka yang B40 ni, gerak-geri mereka kita tak boleh nak agak," kata netizen tersebut.

Dalam pada itu, segelintir netizen mengingatkan bahawa kemudahan parkir yang bukan persendirian atau milik penghuni sepatutnya dikongsi bersama.

"Mereka semua yang buat macam ni memang bingai, itu laluan awam, bukan tanah milik ibu bapa.

"Tolong cuba didik diri tu, jadi beradab," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain