SIAPA sangka kunjungan seorang pemuda warga Indonesia ke Malaysia untuk bercuti diberi kejutan yang amat bermakna buatnya. Menerusi video yang tular di media sosial, dia bagaikan tidak percaya apabila berada di hadapan kediaman penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza di Ampang, Selangor. Kegembiraan jelas tergambar di wajahnya yang begitu teruja sehingga terlompat-lompat dan menyanyi lagu popular Purnama Merindu. Bukhoy meminati Siti Nurhaliza sejak mendengar lagu Purnama Merindu. Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Bukhoy Muslym berkata, dia datang bercuti di Kuala Lumpur selama empat hari untuk bertemu rakan-rakannya di Malaysia. "Sebenarnya saya mahu explore Malaysia, jadi rakan-rakan di sini menemani saya selama empat hari. Mereka tahu saya minat sangat dengan Malaysia dan Tokti. "Jadi mereka buat kejutan bawa saya ke rumah Tokti. Saya tidak diberitahu akan dibawa ke sana pada malam itu," katanya ketika dihubungi mStar. Wajah gembira Bukhoy di hadapan rumah Datuk Seri Siti Nurhaliza. Walaupun belum pernah bertemu dengan Siti Nurhaliza, Bukhoy yang berasal dari Jakarta tetap gembira apabila berpeluang berada di luar kediaman penyanyi itu. ARTIKEL BERKAITAN: "Mujur tak jawab nama Aafiyah" - Sebelum konsert, karaoke bukan main... Tokti depan mata peminat gugup terus lupa nama anak ARTIKEL BERKAITAN: Gadis beranikan diri tegur Tokti tengah beratur nak mengundi, rezeki permintaan nak selfie disambut baik "Saya sangat gembira, setelah bertahun-tahun meminati Tokti akhirnya dapat peluang ini," katanya yang kini menetap dan bekerja di Tangerang City dekat Jakarta. Bukhoy berkunjung ke Malaysia buat kali keempat. Menurut Bukhoy yang berusia 36 tahun, dia mula meminati Siti Nurhaliza sejak pertama kali mendengar lagu Purnama Merindu. "Saya rasa semua orang suka Tokti. Dia mempunyai suara yang sangat bagus, nyaman masuk di telinga. Orangnya cantik dan ada keperibadian yang baik. "Lagu-lagu Tokti sudah lama menjadi peneman saya, sesuatu yang memorable," katanya yang turut meminati lagu Betapa Ku Cinta Padamu (Aku Cinta Padamu) dan Anugerah Aidilfitri. Saya rasa semua orang suka Tokti... dia mempunyai suara yang sangat bagus, nyaman masuk di telinga. BUKHOY MUSLYM PEMINAT INDONESIA Sementara itu, Bukhoy berkata ini merupakan lawatan keempatnya ke Malaysia, namun tiga kunjungan sebelum ini hanya tertumpu di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar seperti Putrajaya. "Kali keempat ini, hari pertama saya di sekitar Kuala Lumpur. Hari kedua di Pahang ke Bukit Tinggi dan Genting Highlands, manakala hari ketiga saya ke Melaka dan Negeri Sembilan. "Dan hari keempat saya kembali ke Kuala Lumpur sebelum pulang ke Jakarta. Saya cintakan Malaysia, makanan dan orang-orangnya," kata Bukhoy. Mengabadikan kenangan dengan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS. Menerusi perkongsian video TikTok, rata-rata netizen turut teruja dengan kegembiraan Bukhoy. "Baru tengok rumah. Jumpa depan aku rasa menggelupur baring. "Teramat gembira dia. "Mimpi jadi kenyataan. Tiada kata dapat gambarkan perasaan," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube