suria

Haru-biru majlis kahwin, pelamin roboh masa tetamu nak bergambar! Kanak-kanak berlari jadi suspek utama

Keadaan sedikit kecoh selepas pelamin tiba-tiba jatuh.

BERADA di majlis perkahwinan pastinya menggembirakan sesiapa sahaja termasuklah kanak-kanak.

Kemeriahan suasana yang turut diiringi muzik membuatkan mereka berlari keriangan ketika bermain bersama rakan-rakan.

Tanpa diduga berlaku insiden tidak diingini seperti perkongsian seorang jurugambar perkahwinan di Kampung Gajah, Perak baru-baru ini.

Menerusi rakaman satu rakaman video, jurugambar lelaki yang beroperasi di Perak itu meminta supaya ibu bapa yang membawa anak kecil agar sentiasa mengawasi pergerakan.

Kain yang diletakkan di bahagian belakang pelamin jatuh.

Kain yang diletakkan di bahagian belakang pelamin jatuh.

Mana tidaknya, majlis perkahwinan yang dihadirinya itu menjadi kecoh apabila pelamin tiba-tiba runtuh disebabkan terdapat beberapa orang kanak-kanak leka berlari.

Tambahan pula kos untuk menyewa pelamin dan dekorasi bukanlah murah.

"Mak ayah yang bawa anak-anak datang kenduri kahwin, tolong awasi anak masing-masing ya.

"Kesian kat pengantin sewa pelamin mahal-mahal roboh sebab budak main kejar-kejar kat atas tu," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak marah, anak orang...” - Kanak-kanak buas di majlis kenduri boleh buat jurufoto ‘angin’, mak ayah jangan buat tak nampak

ARTIKEL BERKAITAN: “Awak belum kahwin eh?” - Promoter disindir selepas ‘sound’ ibu bapa tak pandai jaga anak, biar rosakkan barang jualan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan kata-kata Fitrin Ruslee dan berharap ibu bapa menjadi lebih peka terhadap anak masing-masing.

Malah ada yang mengesyorkan supaya anak-anak tidak dibawa bersama ketika menghadiri majlis perkahwinan.

Memang jarang pergi kenduri bawa anak, kalau bawa memang tak lama.

WARGA MAYA

"Tak kisah anak tetamu atau sepupu, point di situ... jaga anak!

"Kita faham budak-budak nakal, tak boleh marah dia. Tapi yang aku paling bengis apabila mak-mak tak tahu marah dan tegur.

"Memang jarang pergi kenduri bawa anak, kalau bawa memang tak lama. Lepas makan terus balik," ujar beberapa pelayar di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Namun tidak kurang juga yang menyatakan perbuatan tersebut selalunya dilakukan oleh anak kepada saudara-mara pengantin tersebut dan bukanlah anak tetamu.

Pun begitu, terdapat salah seorang pelayar yang meninggalkan komen memaklumkan dia adalah saudara mara kepada pasangan pengantin terbabit.

Menjelaskan mengenai kejadian itu, ujarnya, pelamin yang jatuh bukanlah disebabkan kanak-kanak bermain seperti yang ditulis jurugambar tersebut.

"Ni majlis sepupu saya, bukan salah budak-budak pun... Mereka nak buka kipas terpijak kain, tu yang jatuh," ujarnya menceritakan situasi di lokasi kejadian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain