suria

Oyen sarat mengandung suka berak di rumah jiran, hantar ‘warning’ tapi tak jalan... Lelaki berang akhirnya jumpa solusi, selesai masalah!

Kucing ini dikatakan membuat onar di rumah seorang lelaki.

MEMELIHARA dan menjaga haiwan seperti kucing dengan baik adalah satu perkara yang terpuji dan dituntut.

Namun begitu, dalam keseronokan kita membela haiwan peliharaan, perlu diingat ia adalah satu bentuk tanggungjawab dan komitmen.

Begitulah kisahnya untuk lelaki ini apabila jirannya bersemangat untuk membela kucing tetapi sepertinya culas pada aspek tertentu.

Ciapan asal di Twitter.

Melalui satu ciapan di Twitter, lelaki tersebut meluahkan rasa kecewa kerana rumahnya sering menjadi tempat melepaskan hajat buat kucing jirannya.

"Rumah aku jadi port kucing berak, hari-hari kena cuci najis kucing. kadang-kadang sampai empat kali sehari dia berak.

"Aku dah hantar warning dekat grup penduduk setempat. Pagi tadi sebelum aku pergi run, ada satu longgok najis fresh dengan si punca sedang meneran lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok beraya bertukar tragedi... Luruh jantung tengok kesayangan terbujur kaku, wanita masih trauma kucing jatuh dari tingkat 4

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati rumah jadi ‘port’ kucing berak, siap kencing merata... Pemuda makin stres jiran pura-pura tak mengaku bela si bulus!

"Lepas tu aku bertentang mata la dengan dia sampai dia lari. Lepas balik run tengok dia tengah syok tidur atas kereta pula," kata lelaki itu geram.

Dalam ciapan itu, lelaki tersebut menyertakan tangkap layar perbualan di WhatsApp menunjukkan mesej peringatan diberikan kepada tuan empunya kucing.

"Salam, ada seekor kucing colour campuran oren dan putih pakai collar suka buang najis dekat rumah saya.

Menarik sangat bro punya pendekatan, terus kepada jalan penyelesaian.

WARGA MAYA

"Hari-hari kena cuci lantai. Sekali lagi saya nampak dia saya buang jauh-jauh ya," tulis lelaki itu dalam mesejnya.

Walaupun mungkin berang, lelaki itu bagaimanapun tidak tergesa-gesa untuk mengambil tindakan drastik dan masih cuba mengatur solusi yang rasional.

"Lepas insiden tu aku ada rancangan nak buat senaman brick, aku ambil gerek (basikal) terus gerak.

"Masa tengah mengayuh tu aku dapat idea. Bukan kita yang pilih kucing, tapi kucing yang pilih kita. Jadi lepas training tu pun aku keluar untuk selesaikan masalah dia berak merata.

Lelaki ini menemukan jalan penyelesaian yang ideal untuk masalah kucing jirannya.

"Sediakan tempat untuk dia berak je. Selesai terus. Aku letak tak sampai lima minit dia dah datang berak.

"Dah memang hari-hari aku kena buang najis dia pun, apa kata aku senangkan hidup dia bagi dia tempat nak berak," terang lelaki itu tentang strateginya.

Menurut lelaki itu, kucing tersebut sedang hamil dan dia tidak tergamak untuk memarahinya.

"Nak marah bukan dia faham, dia tahu nak berak je. Lagipun dia pregnant, itu yang kesian pula nak buang merata.

Ciapan balas warga maya.

"Lepas dia dah bersalin nanti aku nak hantar pergi mandulkan," kata lelaki itu.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berasa kagum kerana lelaki itu tidak mudah melenting dengan keadaan tersebut dan memilih untuk berbuat baik.

"Saya dulu pun bengang kucing berak merata-rata depan rumah, ada juga kucing pancut (kencing) dekat dinding rumah, busuk gila.

"Tapi lepas tu ada satu hari ni ular tedung datang rumah, kucing-kucing ni la yang bunuh. Lepas insiden tu, aku dah tak kisah sangat pun, petang-petang pergi cuci je la najis tu.

"Menarik sangat bro punya pendekatan, terus kepada jalan penyelesaian. Sesuatu yang saya boleh jadikan pengajaran pada hari-hari mendatang.

"Terima kasih sangat sebab memahami kucing dan tidak menyakitinya, saya mula-mula baca perkongsian abang dah takut apa yang akan jadi," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain