suria

Nak elak baju kepam, penghuni sidai baju di balkoni... Tapi perunding hartanah tegur jangan buat, takut harga kondo jadi murah

Menyidai baju di balkoni kondominium ternyata menjadi isu yang hangat. -Gambar hiasan

MENETAP dalam satu komuniti kejiranan memerlukan kesefahaman dan tolak ansur.

Andai semua pihak mengamalkan sikap pentingkan diri, maka tidak hairan jika isu seperti perebutan lot parkir, bunyi bising serta soal kebersihan sehingga mengakibatkan konflik dan salah faham akan terus berlaku.

Malah fenomena menyidai pakaian di balkoni kediaman bertingkat tinggi juga akan bagaikan sudah dinormalisasikan walaupun ia menyalahi undang-undang.

Ciapan asal di Twitter.

Melalui satu perkongsian di Twitter oleh seorang perunding hartanah, tindakan sedemikian dikatakan bukan hanya mencacatkan pemandangan malah boleh merendahkan nilai pasaran sesebuah kediaman.

"Bawah Akta Pengurusan Strata 2013, penduduk sebenarnya tak boleh sidai baju di balkoni. Sebab nanti akan jadi macam ni (cacat pemandangan).

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi cop parking, nak datang beraya pun susah... lelaki ini selamba lenyek kon, netizen pesan waspada perangai tak puas hati B40

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni flat ubah suai rumah ikut selera T20, siap ugut jiran tetangga - “Mohon jarakkan kereta untuk elak calar”

"Kalau setiap balkoni di apartment tu ada baju, ia akan jadi tak cantik untuk dipandang. Kurang value di situ. Saya sarankan untuk guna kawasan halaman yang tersedia atau gunakan mesin pengering baju.

"Sama-sama bagi imej luaran kondominium kita nampak cantik. Baru nilai jadi tinggi dan nak jual pun untung," katanya.

Sebagai makluman, strata merujuk kepada hak milik berasingan bagi unit dalam bangunan dua tingkat atau lebih yang dibina atas sebidang tanah yang sama dan berkongsi akses kemudahan bersama.

Tidak patut negara yang ada matahari kita kena keringkan baju di dalam.

WARGA MAYA

Akta Pengurusan Strata 2013 pula merupakan peraturan yang diperkenalkan khas untuk mengatur penyelenggaraan dan pembangunan kediaman bertingkat.

Seterusnya, individu itu juga sempat menerangkan beberapa lagi garis panduan untuk kehidupan berstrata.

"Kawasan koridor kita tak boleh hias-hias seperti harta sendiri sebab itu adalah hak milik bersama yang semua bayar untuk kos penyelenggaraan. Jangan ambil hak orang," tambahnya.

Namun begitu, perkongsian individu tersebut ternyata mendapat tentangan hebat daripada warga maya yang merasakan ia adalah berat sebelah terhadap mereka selaku pemilik kediaman berstrata.

"Maaf, saya tidak ada niat untuk menjual semula unit saya dan saya hanya mahu hidup dengan tenang.

"Biar baju kepam tapi kondominium value tinggi.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Tak nak sebut pula design rumah melanggar nilai kemanusiaan. Pengudaraan teruk, susun atur ruang macam kandang hamster, tak selesa. Sebab tu jadi masalah macam ni. Patutnya wajibkan setiap rumah ada kawasan keringkan baju khas.

"Kebanyakan kondominium, kawasan keringkan baju tersedia di dalam yang tiada angin terus daripada luar dan sempit, baju akan jadi lambat kering," bidas sebahagian warga maya.

Seorang warga maya juga berpendapat bahawa idea untuk mengeringkan baju di dalam berbanding menggunakan balkoni adalah melampau.

"Bawah akta tu tak ada pula mereka beritahu yang design kondominium diwabjikan ada tempat keringkan baju, Singapura memang ada.

"Tidak patut negara yang ada matahari kita kena keringkan baju di dalam.

"Akta ini lebih menguntungkan developer daripada penduduk," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain