suria

“Mak suruh pilih, baiki bumbung atau beli makanan” - Daif hidup anak makcik cleaner, rela basah daripada berlapar

Keadaan rumahnya yang uzur dan bocor.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Begitulah gambaran kehidupan sebuah keluarga miskin di Sungai Korok di Jitra, Kedah yang perlu membuat pilihan untuk menggunakan wang bagi membeli makanan atau terus hidup berbumbungkan bumbung bocor.

Beberapa bekas tadahan yang berisi air hujan.

Beberapa bekas tadahan yang berisi air hujan.

Pilu apabila melihat rumah mereka 'banjir' setiap kali musim hujan sehingga terpaksa meletakkan beberapa bekas bagi menahan air yang mencurah melalui lubang-lubang pada atap zink.

Menerusi satu perkongsian video, @kausarfatihah memberitahu bahawa dia dan adik beradiknya perlu bersiap sedia menadah air apabila hujan lebat.

"Selagi boleh bersabar, kita sabar... kalau hujan lebat turun memang kami adik beradik kena siap sedia tadah air," luahnya.

Bercerita lanjut, dia turut memaklumkan bahawa ibunya bekerja sebagai pekerja pembersihan manakala bapanya orang kelainan upaya (OKU).

Pernah menyuarakan mengenai keadaan daif rumah tersebut, dia dan adik beradik diberi pilihan sama ada ingin membeli makanan atau membaiki bumbung.

"Mak cakap nak baiki bumbung atau beli makanan... kami pilih beli makanan," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pusaka lama ditinggalkan kini berubah wajah, semua ini jadi realiti kerana hasrat ibu mentua

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak ada tempat dah yang aku boleh panggil rumah” - Wanita dari 'broken family' diabai sejak kecil, jadi ‘bank’ mak ayah selepas hidup senang

Meskipun berada dalam serba kekurangan, gadis ini berharap masyarakat yang lain bersyukur sekiranya duduk dalam keadaan yang selesa.

Malah ketika disoal warga maya sama ada keluarganya ada memohon bantuan untuk membaiki atap rumah, dia mendakwa pernah memohon namun tidak diluluskan.

Pernah rasai seperti ini dulu... nak harap orang tolong memang tak ada.

WARGA MAYA

"Banyak kali dah mohon tapi tak pernah dapat... mak pun sudah tebal muka nak pergi lagi.

"Sudah tiga, empat kali hantar borang kepada zakat dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Datang ambil gambar kemudian diam, apabila pergi lagi... mereka cakap tak lulus," ujarnya di ruangan komen.

Bahagian atap rumahnya yang kelihatan daif.

Bahagian atap rumahnya yang kelihatan daif.

Video tersebut yang turut memaparkan seorang remaja lelaki sedang makan di atas lantai sambil melihat rumah yang bocor ternyata meruntun hati para warganet.

Tanpa diduga, terdapat seorang individu yang menyuarakan hasrat untuk membantu memasang atap di rumahnya.

"Kalau nak tolong pasang zink boleh saja. Tak kena bayar, itu sahaja yang saya boleh tolong," ujarnya.

Sebahagian reaksi warga maya di videonya.

Sebahagian reaksi warga maya di videonya.

Bagaimanapun, dia memaklumkan keadaan rangka kayu bumbung rumahnya juga sudah uzur dan boleh patah pada bila-bila masa.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa simpati dengan keadaan yang dialaminya selain berkongsi pengalaman pernah tinggal di rumah seperti itu.

"Pernah alami situasi sebegini masa zaman kecil. Kalau hujan memang tak akan tidur lena macam kawan-kawan lain, sedih bila ingatkan balik.

"Pernah rasai seperti ini dulu... nak harap orang tolong memang tak ada. Bukan zaman internet, tapi hidup tetap perlu diteruskan," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain