suria

Anak fobia, Allah ‘bayar cash’ selepas ingkar arahan ibu! 3kg sambal sotong terbazir, biawak terjun masuk periuk

Seekor biawak terjatuh dalam periuk sambal sotong.

LAIN yang dirancang, lain pula yang jadi!

Keluarga Habibi Kassim berdepan 'tragedi’ pada Syawal keempat seperti mana yang dikongsikan di grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

Menamakan kejadian tersebut sebagai 'Kisah Si Tanggang', Habibi berkata ia berlaku gara-gara adiknya tidak mendengar arahan ibunya sehingga lauk sambal sotong yang sedang dimasak mereka dimasuki seekor anak biawak.

“Al-kisahnya adik saya tengah masak-masak. Berborak, bergosip di dapur dengan mak dan anak buah semua.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagaikan terubat, pasangan belum dapat zuriat sambut raya dengan ‘anak’... siap masak sendiri juadah ayam rebus buat kucing terbiar

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib dapat suami sekeluarga pemalas... ibu mentua suruh masak juadah, adik-beradik ipar perempuan selamba tidur pagi raya

“Konon-konon nak tunjuk skil (kemahiran) memasak dah upgrade (lebih handal). Mak dah bagi arahan masak separuh saja. Simpan sikit sotong tu.

“Tapi disebabkan dia bantah, Allah bayar cash,” ujarnya dalam hantaran tular tersebut.

Sebagaimana diceritakan, haiwan liar tersebut terjatuh dari atap siling rumah mereka yang tidak dinyatakan lokasinya.

Disebabkan terjatuh terus ke dalam periuk yang penuh dengan kuah, dapat dilihat terdapat banyak kesan percikan sambal di sekeliling dapur.

Sambal sotong yang dimasuki biawak.

Malah, kelihatan juga biawak tersebut 'kejung', mati di dalam sambal sotong yang sedang panas menggelegak.

“Tiba-tiba gedebush (bunyi jatuh)! Si biawak ni buat terjunan papan anjal!

“Dari atas siling rumah, terus tepat ke dalam periuk sambal sotong tengah menggelegak. Rugi sotong 3kg (kilogram).

Kalau saya bukan kata binatang tu je buang, dengan periuk dan senduk tu buang sekali!

NETIZEN

“Mati serta-merta tanpa sempat minta tolong. Tapi 'dia' sempat bertentang mata dengan adik. Fobia dia satu hari,” ujarnya lagi.

Hantaran tersebut menjadi tular di media sosial dengan meraih lebih 7,000 tanda suka dan dikongsikan semula lebih 600 kali oleh pelayar lain.

Ramai meninggalkan komen apabila melihat hidangan tersebut terbazir begitu sahaja apatah lagi harga sekilogram sotong mahal pada masa kini.

Komen netizen di Facebook.

“Rugi dah. Kadang terfikir bila jadi macam ni rezeki tu tak dijamah mesti bersebab. Kalau tak sebab kecuaian mungkin Allah nak selamatkan awak sekeluarga. Bersangka baik.

“Kenapa buang. Kalau saya, buang kuahnya. Cuci sotong tu semula bersih-bersih. Masak lain. Sayang 3kg kalau buang macam tu.

“Kalau saya bukan kata binatang tu je buang, dengan periuk dan senduk tu buang sekali! Pakej buang 3 dalam 1 terus,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain