suria

Bayi meragam dalam flight, ibu menangis ditengking pakcik tua - “Selalu saya kuat, masa tu jadi terpaling lemah”

Nurlina menaiki pesawat bersama dua anak kecilnya ketika kejadian tersebut berlaku. Gambar pesawat (kanan) sekadar hiasan.

BUKAN perkara mudah buat ibu bapa yang mengembara bersama anak-anak kecil, lebih-lebih jika menaiki pesawat dan bersendirian tanpa ditemani pasangan.

Selain perlu menguruskan segala keperluan bagi memastikan anak-anak selesa sepanjang perjalanan, satu perkara yang dibimbangi ramai ibu bapa adalah anak meragam ketika di dalam pesawat.

Kebanyakan si kecil cenderung untuk meragam kerana pelbagai faktor, antaranya ketidakselesaan akibat perubahan tekanan udara, ruang yang terhad serta tempoh perjalanan yang panjang.

Begitulah situasi dialami oleh seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nurlina, ketika menaiki pesawat bersama dua anak kecilnya baru-baru ini.

Menurut wanita berkenaan, dia bersama dua puterinya, Nafeesa dan Nayla yang masing-masing berusia 5 tahun dan 1 tahun 11 bulan, dalam perjalanan pulang dari kampung halaman sempena Aidilfitri menaiki pesawat dari Tawau, Sabah menuju ke Kuala Lumpur.

"Beberapa jam menunggu di airport, anak-anak masih dalam keadaan baik lagi tapi Nayla dah start mengantuk dan penat. Daddy (suami) tiada masa tu sebab sudah balik Semenanjung kerana sudah start bertugas.

"Dan di sini klimaks cerita, masuk dalam flight, aircond belum turn on disebabkan masalah teknikal dan enjin perlu dihidupkan terlebih dahulu barulah aircond berfungsi.

"Sementara luggage loading dalam kapal, Nayla mula cranky dan menangis sebab keadaan yang panas. Mujurlah Nafeesa dalam keadaan tenang dan bersabar. Saya beberapa kali mohon maaf kepada penumpang bersebelahan tempat duduk," cerita wanita berusia 30 tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi tak berhenti menangis dalam pesawat, pemuda beranikan diri tegur si ibu... jaga macam anak sendiri, siap dodoikan sambil selawat

ARTIKEL BERKAITAN: Maaf anak kami bising! Ibu tebal muka kembar menangis dalam flight, lagi rasa bersalah ada penumpang kata ‘bingit, sakit telinga’

Segala macam perkara dilakukan untuk memujuk si kecil termasuk memberikan susu, namun cubaan berkenaan tidak berjaya.

"Pasangan yang duduk sebelah pun tolong kipaskan, aunty yang duduk depan pun tolong juga sebab kesiankan Nayla. Tiba-tiba ada seorang pakcik berteriak, menjerit sekuat hati dari seat bahagian tengah kapal.

"Terkejut tapi tidak dengar berapa jelas apa yang pakcik tu cakap, tapi dapat tangkap ayat 'diam'. Then barulah perasan pakcik tu marah Nayla, tergamam jugalah.

flight 2

Sesetengah anak kecil meragam di dalam pesawat kerana mengalami ketidakselesaan. Gambar hiasan

"Seorang flight attendant terus datang ke pakcik tu dan pakcik tu tunjuk arah belakang iaitu tempat duduk kami. Flight attendant tu tolong kipas juga, then cuba lagi bagi susu akhirnya Nayla tenang sedikit.

"Saya pula? Terus start burst out, nangis, 1,001 perasaan. Sedih, malu, hiba, penat, semua bercampur sekali," kongsi Nurlina yang merupakan eksekutif di sebuah syarikat swasta di Selangor.

Tambah Nurlina, sepanjang lima tahun menaiki pesawat dan ada kalanya bersendirian dengan anak-anak, semuanya berjalan dengan lancar namun pada hari kejadian, nasib kurang menyebelahinya.

Malah dia mengakui hanya mampu menangis kerana berdepan dengan situasi yang sangat mencabar sepanjang pengembaraan menaiki pesawat kali ini.

Sebenarnya insiden ini meninggalkan kesan fobia dalam diri saya, sehingga sekarang. Kadang-kadang rasa takut pun ada.

NURLINA

"Selalu jadi paling kuat, tapi ketika itu terpaling lemah sebab hati seorang ibu mudah rapuh bila melibatkan anak-anak. Nayla tidak sampai dua tahun tapi sudah ditengking oleh seorang pakcik yang sepatutnya lebih tahu erti hidup.

"Selepas pakcik tu menjerit dan mencarut, ada beberapa penumpang juga yang backup. Waktu menangis tu, penumpang terdekat cuba pujuk dan tenangkan. Alhamdulillah, sebab mereka baik sangat. Flight attendant pun sangat membantu.

"Keadaan mula tenang dan saya masih bersedih. Dari masa ke semasa, the flight attendant keep checking on me, one by one datang to comfort, ada datang bagi air mineral," kongsinya.

Menurut Nurlina, tujuannya membuat perkongsian di media sosial bukanlah untuk meraih simpati atau mengaibkan sesiapa, namun hanya mahu berkongsi pengalaman yang dilalui olehnya dan para ibu lain untuk menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya mempunyai toleransi serta empati.

komen

Sebahagian komen netizen yang turut sama terkesan dengan kejadian yang menimpa Nurlina.

"Dunia sekarang lebih memerlukan insan-insan yang prihatin, bertoleransi, berperikemanusiaan dan sentiasa memahami situasi orang lain. Berfikir dahulu sebelum bertindak.

"Ramai yang terkena, ada beberapa insan yang bergelar ibu DM saya secara peribadi berkongsi pengalaman bagaimana dilayan oleh penumpang lain ketika dalam penerbangan semasa anak mereka menangis, situasi yang lebih teruk pun ada.

"Sebenarnya insiden ini meninggalkan kesan fobia dalam diri saya, sehingga sekarang. Kadang-kadang rasa takut pun ada. Seorang ibu yang travel dengan anak-anak bila bersendirian memang tidak mudah.

"Dalam menuju masyarakat yang lebih maju, bukan ekonomi dan teknologi sahaja perlu ditingkatkan akan tetapi adab dan akhlak perlu seiring," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain