suria

Peniaga tawar servis buat surat, template tak hadir ke sekolah pun ada... ramai tak puas hati caj murah sangat!

Surat tidak hadir sekolah juga boleh ditempah.

PENINGKATAN kos sara hidup dan harga barang mendorong kebanyakan rakyat memulakan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kewangan serta perbelanjaan harian.

Maka tidak hairanlah wujud lambakan produk baharu di pasaran yang dijual ramai individu secara dalam talian mahupun di kedai-kedai.

Bagaimanapun, tindakan seorang penjual di aplikasi e-dagang terkemuka yang menyediakan perkhidmatan membuat surat tidak hadir ke sekolah mengejutkan warganet.

Ciapan asal yang dibuat oleh Malissaali.

Ciapan asal yang dibuat oleh Malissaali.

Dikongsikan seorang pelayar Twitter, @malissaali melihat 'perkhidmatan; itu sebagai cara mudah untuk mendapat duit.

"Macam tu saja dia dapat RM100," ciapnya ringkas bersama tangkap layar jualan di e-dagang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! Alat pecah dara tiruan dijual online, seller dakwa dapat kembalikan keperawanan wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Kamera skru 'bersepah' jual online, orang ramai mula resah, Shopee terus tarik balik jualan

Malah harga bagi sekeping surat yang dibuatnya berharga 20 sen sehingga RM1.

Untuk kita yang reti buat surat ni memang nampak perkara ni kelakar. Pada aku murah sangat dia cas 20 sen, RM1.

WARGA MAYA

Menjengah ke akaun e-dagang peniaga tersebut, dia turut menyediakan perkhidmatan surat peletakan jawatan, permohonan cuti mahupun surat-surat lain yang diperlukan.

Jualan perkhidmatan dibuat di salah satu e-dagang.

Jualan perkhidmatan dibuat di salah satu e-dagang.

Memperincikan servis yang ditawarkan, peniaga yang beralamat di Perak itu memaklumkan bahawa dia tidak membuat sijil cuti sakit.

Apa yang menarik, dia turut mendapat penarafan lima bintang daripada 143 ulasan yang diterima.

Kesemuanya turut mengesyorkan perkhodmatannya selain memuji servis yang diberikan adalah terbaik.

Susulan itu, ciapan yang dibuat oleh @malissaali menjadi tular dan rata-ratanya mengakui bayaran sebanyak 20 sen yang dikenakan peniaga tersebut sebagai berbaloi selain menyifatkannya sebagai kreatif dalam usaha menambah pendapatan.

Tambahan pula, tidak semua orang dapat membuat surat dengan baik selain sibuk dengan hal lain yang lebih penting.

Antara ulasan yang diberikan pembeli.

Antara ulasan yang diberikan pembeli.

"Rasa okay cas 20 sen... tak semua parents ada masa, tak tahu nak edit Microsoft Word dan ada akses untuk semua itu.

"20 sen dengan effort Google dan taip dalam Microsoft Words, I choose 20 sen.

"Untuk kita yang reti buat surat ni memang nampak perkara ni kelakar. Pada aku murah sangat dia cas 20 sen, RM1. Tak berbaloi buat 500 surat walaupun mudah dapat RM100 , kot mail merge lain cerita... ni by request.

"Entrepreneur minded," ujar beberapa warga maya.

Meskipun menawarkan perkhidmatan membuat surat pada harga yang murah, terdapat juga beberapa individu yang seolah-olah memperlekehkan peniaga terbabit.

"Kalau aku, aku sedekah lebih sikit.

"Dalam ni aku tengok ramai yang perlekeh usaha ni tapi maybe you guys are their market. Market dia kemungkinan orang yang malas nak buat surat, malas nak fikir ayat, nak copy paste template yang ada. Tapi aku rasa 20 sen murah sangat, patut up RM1... dah RM500 boleh dapat," ujar beberapa warganet lainnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain