MENJADI satu hakikat dalam kehidupan, hampir setiap manusia perlu membanting tulang bagi menyara hidup. Di Malaysia misalnya, amalan bekerja lebih masa dan membuat dua kerja demi mendapat pendapatan lebih bagai sudah menjadi norma dalam masyarakat. Namun begitu, seorang netizen menzahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu ramai pekerja di Barat mudah merungut apabila perlu membuat kerja lebih. Perkongsian asal di Facebook. Dalam satu hantaran di Facebook, lelaki itu menyertakan satu tangkap layar memaparkan tajuk utama laporan berita sebuah portal di Amerika Syarikat. "Pelajar Starbucks menangis teresak-esak kerana dijadualkan bekerja selama lapan jam," demikian terjermahan tajuk berita berkenaan. Dalam perkongsiannya, lelaki itu seakan-akan menyindir masyarakat Barat yang mungkin dianggap 'manja' kerana tidak mampu berdepan tekanan yang bagi masyarakat kita begitu kecil. ARTIKEL BERKAITAN: Owner hidup mewah pandu Honda, pakai barang branded... Pembantu taska kecewa gaji rendah, kerja hampir 12 jam dibayar RM1,200 ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat kerah tenaga staf tapi potong elaun, OT! Bonus jangan mimpi, tawar ganjaran ‘lunch’ jika capai target "Mal Salih punya lopek (lemah), kerja 8 jam pun meraung," kata lelaki tersebut sinis. Dalam inti pati laporan berita itu, pekerja di rangkaian kafe terkenal tersebut menyatakan dia adalah seorang pelajar yang bekerja sambilan dan mendakwa telah dieksploitasi oleh majikannya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya seakan-akan 'terhibur' dengan situasi tersebut. "Aku pernah kerja 16 jam selama tiga tahun. Okay je, jangan katakan menangis sahaja, sunyi sepi dan keseraman semua ada. Masyarakat dunia ramai nak ada work-life balance, orang kita dekat sini pula bangga kerja lebih masa. Kelakar. WARGA MAYA "Aku keluar pergi kerja sebelum Subuh, masih gelap, keluar pejabat dalam selepas Isyak, juga gelap. Tak nampak matahari pun dalam sehari tu. "Kerja lapan jam ni tak ada apa pun, aku pernah tidur di pejabat, esok sambung kerja balik. Siap ada dua hingga tiga part-time job lagi. "Kena sedar, kalau kerja dalam sektor makanan dan minuman (F&B), ini adalah normal dan tidak sepatutnya menjadi isu," kata sebahagian warga maya rakyat Malaysia. Meskipun begitu, ada juga netizen yang tidak sependapat dan berpandangan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi perlu diutamakan. Sebahagian komen warga maya. "Sana minda kelas pertama tak sanggup jadi hamba kapitalis. Dekat sini kerja 12 jam pun senyum je gaji RM1,500. "Sedih tengok orang kita. Bayangkan kita kerja di pejabat seharian, bila balik sudah penat dan nak tidur. Berapa banyak masa anda bercakap dengan ahli keluarga berbanding staf atau client di pejabat? "Masyarakat dunia ramai nak ada work-life balance, orang kita dekat sini pula bangga kerja lebih masa. Kelakar. "Bagus apa adik ni nak pertahankan hak dia, orang kita pula mengalu-alukan untuk dihenyak sampai lunyai," demikian antara komen warga maya yang menganggap lelaki mat salih itu wajar mempertahankan haknya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube