suria

Ibu mengidam senyum lebar dapat naik ‘kuda putih’, siap bunyi siren! Abang polis trafik Alor Gajar tunai hajat wanita hamil 5 bulan

Wanita sarat mengandung ini menerima layanan mesra ketika berkunjung ke Balai Polis Trafik Alor Gajah.

IBU mengandung cukup sinonim dengan keinginan luar jangka yang perlu ditunaikan sebelum menanti kehadiran cahaya mata ke dunia.

Walaupun adakalanya permintaan mereka itu tidak masuk akal, namun atas dasar sayang si suami akan sedaya upaya untuk menunaikannya.

Terbaharu, tular di media sosial mengenai seorang wanita mengandung berhajat untuk menaiki motosikal berkuasa tinggi milik pasukan polis trafik.

Keinginan Nur Izzati Syamimi Abd Rashid yang hamil lima bulan dianggap sesuatu yang pelik kerana dikatakan jarang berlaku dan tidak pernah didengari sebelum ini.

Tangkap layar menunjukkan pihak polis melayan permintaan wanita ini.

Bagaimanapun, suaminya Mohd Farid Zuhaili Dahlan tetap mahu tunaikan hajat isterinya itu walau dengan apa jua cara.

Akhirnya keinginan itu ditunaikan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Alor Gajah, Melaka pada 3 Mei lalu sekitar pukul 5 petang.

Dalam hantaran dibuat MelakaTV di TikTok, kedua-dua pasangan itu juga menerima layanan mesra daripada dua orang pegawai polis cawangan tersebut.

Koperal Azlan dan Konstabel Azizee ditugaskan untuk menyantuni pasangan itu yang dijangka akan menimbang cahaya mata pada September depan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rempit budak sekolah’ gelabah dicekup tak lama selepas ‘seru’ polis di live TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Cita-cita tercapai, kembar kacak sedih kena berpisah! ‘Target’ seterusnya, abang polis nak kahwin - “Ramai nak kenal, saya tak layan”

"Sang suami hadir bersama isterinya sarat mengandung ke Balai Polis Trafik Alor Gajah demi menyatakan hasrat isteri tercintanya yang mengidam untuk menaiki motosikal berat 'Kuda Putih' JSPT," ujar pengendali akaun Facebook Polis Alor Gajah.

Sebagaimana dikongsikan dalam video yang hingga kini meraih lebih 721,000 jumlah tontonan, kegembiraan jelas terpancar di raut wajah wanita berkenaan.

Dalam hantaran sama, pihak polis turut mendoakan kesejahteraan agar segala urusan untuk melahirkan anak dipermudahkan.

Terharunya tengok... terima kasih hiburkan hati ibu mengandung tu.

NETIZEN

"Detik gembira bagi pasangan dari Masjid Tanah, Melaka ini dirakamkan untuk dijadikan kenangan. Seluruh warga polis IPD Alor Gajah mendoakan agar pasangan tersebut sentiasa bahagia menjalani setiap detik sebagai suami dan isteri.

"Kami juga mendoakan agar Izzati dipermudahkan urusan ketika melahirkan cahaya mata kelak. Semoga zuriat yang dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh atau solehah dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.

"Semoga perkhidmatan tak seberapa ini akan melunaskan idaman ibu yang sedang mengandung ini," ujarnya lagi.

Antara komen netizen di TikTok.

Jika diteliti pada ruangan komen, ramai yang terharu dengan pihak polis kerana melayan permintaan wanita ini.

Selain berkongsi kisah mereka yang turut mengidam perkara-perkara pelik, ada juga netizen yang turut memberikan komen secara berseloroh.

"Nasib tak mengidam nak masuk lokap.

"Terharunya tengok... terima kasih hiburkan hati ibu mengandung tu. Mesti baby pun gembira dalam (perut) tu," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan