suria

Riuh sekampung! Atuk serba tak kena urus lima kembar serentak… Seorang nak susu, ada juga menangis ajak main

Kiri Tok Aki menjaga lima cucu kembar, kanan Faiz sekeluarga termasuk tiga anak kembar.

RIUH rendah dibuatnya apabila ada anak-anak kecil turut berkumpul bersama keluarga di Hari Raya.

Menerusi satu video yang tular, seorang lelaki warga emas dilihat sedang sibuk menjaga cucu-cucunya yang masih bayi.

Lelaki bernama Tok Aki dilihat cuba untuk menenangkan lima cucu serentak, terdiri daripada sepasang bayi kembar dua, manakala satu lagi adalah kembar tiga.

Bapa kepada kembar tiga, Syed Mohd Faiz Syed Nasir berkata, Tok Aki merupakan bapa saudaranya yang turut dikuniakan dua cucu perempuan kembar berusia tiga bulan.

Menurutnya, video tersebut dirakamkan ketika berkunjung ke rumah bapa saudaranya itu di Simpang Pulai di Pahang, sempena sambutan Hari Raya, baru-baru ini.

"Bapa saudara saya buat pertama kali ada cucu kembar dalam keluarganya. Malam itu saya sekeluarga datang dan bermalam di rumahnya, macam balik kampung.

"Saya ada anak perempuan kembar tiga (triplet). Jadi dia cuba menidurkan lima kembar serentak," katanya kepada mStar.

Gelagat Tok Aki menjaga lima cucu pada malam raya.

Lebih mesra disapa Faiz, katanya, anaknya yang merupakan kembar tiga baru berusia 11 bulan dan pertama kali ke rumah Tok Aki.

ARTIKEL BERKAITAN: Layankan aje permintaan potong rambut, cucu terkejut dapat tahu datuk usia 80 tahun ada akaun TikTok! - "Atuk excited muka dia lalu kat FYP"

ARTIKEL BERKAITAN: Apa sudah jadi? Askar garang akhirnya berjaya 'ditewaskan' tiga tentera kecil... anak dedah bapa seronok sangat layan cucu sampai pitam!

"Setiap kali raya, saya akan ke rumah Tok Aki. Dia jaga dua cucu kembarnya sejak lahir. Dan malam Hari Raya tu saya bawa tiga lagi bayi kembar.

"Memang terkejut Tok Aki apabila melayan lima bayi kembar serentak. Tok Aki memang rajin menjaga cucu-cucu, dia juga penyayang," ujarnya yang menetap di Cheras, Selangor.

Tok Aki orangnya lemah-lembut. Naluri atuk memang sayang cucu-cucu.

SYED MOHD FAIZ SYED NASIR

Bapa kepada lima cahaya mata itu mengakui begitu mencabar untuk menidurkan tiga bayi kembarnya kerana masing-masing sudah pandai meniarap.

"Pergerakan mereka agak cepat menyebabkan sesiapa sahaja akan terkejar-kejar untuk menenangkan mereka. Tambahan pula cucu kembar dua pula baru bangun daripada tidur.

"Anak-anak saya (kembar tiga) pula terjaga daripada tidur di ruang tamu. Jadi, memang riuh masa tu, meraih kampung!" kata Faiz sambil menambah bapa saudaranya yang berusian 60-an itu merupakan pesara kerajaan.

Faiz dan isteri bersama lima anak.

Walaupun pengalaman baharu pada hari raya, Faiz yang merupakan peniaga air balang menyifatkan bapa saudaranya sebagai seorang yang sangat mesra dengan kanak-kanak.

"Tok Aki orangnya lemah-lembut. Naluri atuk memang sayang cucu-cucu. Bezanya raya tahun ini dia dapat berjumpa dengan lima cucu kembar sekali gus.

"Alhamdulillah dengan adanya Tok Aki masa tu, dapat meringankan sikit beban kami untuk berehat sekejap selepas beraya sepanjang hari.

"Mungkin sudah biasa menjaga cucu kembar dua, ternyata Tok Aki dapat melayan anak-anak saya bayi kembar tiga dengan baik," kata Faiz lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain